HALAMAN

Rabu, 31 Mac 2010

Peraduan Syarahan Peringkat Pemilihan (Perempuan) Kali Ke 47 Tahun 1431H/2010M

Selasa, 30 Mac 2010. Peraduan Syarahan bagi peringkat pemilihan perempuan kawasan Brunei II telah pun diadakan pada petang kemarin yang bertempat di Sekolah Ugama Dato Othman Lambak Kiri. Pihak Sekolah tidak ketinggalan bagi menyertai peraduan tersebut dengan di wakili oleh Dyg Nurzakiyah binti Haji Zakaria.  Seramai 16 peserta telah dipertandingkan bagi hari pertama kemudian akan disambung pada hari ini dengan ditandingi lagi dari 8 orang peserta seterusnya pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah.

KLIK SINI bagi Melihat Suasana Peraduan

Selamat Hari Ulangtahun

 
Warga sekolah sukacita ingin mengucapkan "Selamat Hari Ulangtahun Kepada Cikgu Hjh Noralam, didoakan semoga cikgu mendapat keberkatan, sehat walafiat serta dimurahkan rezeki. Amin...

Jumaat, 19 Mac 2010

Majlis Sambutan Maulidurrasul Bagi Tahun 1431H / 2010M

Khamis,18 Mac 2010. Walaupun Rabiulawal sudah berlalu, pihak sekolah tidak lupa juga mengungkayahkan Majlis Sambutan Maulidurasul bagi tahun 1431H / 2010M yang telah diadakan pada jam 2.15 petang tadi bertempat di dewan sekolah. Majlis dimuqadimahkan dengan bacaan Ayat suci al Qur'an oleh Dyg.Nurismah binti Hj Marsal, iaitu peserta yang telah mewakili sekolah pada peraduan lalu. Seterusnya ucapan kata - kata aluan dari guru besar sekolah iaitu cikgu Mohd Yassin.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan Dzikir Bishahrin oleh murid - murid lelaki dan perempuan yang mana juga telah mewakili sekolah pada peraduan lalu. Sejurus itu, persembahan nasyid daripada beberapa orang murid perempuan dari darjah 3.

Setelah selesainya persembahan tersebut, penyampaian derma kilat dari pihak sekolah pun telah disampaikan oleh guru besar kepada salah seorang murid sekolah ini iaitu anak kepada Allahyarhamah Cikgu Hjh Saunah. Kemudian selepas itu penyampaian hadiah bagi peserta yang telah berjaya didalam peraduan sempena sambutan hari kebangsaan ke - 27 yang telah diadakan sekitar bulan februari lalu.

Acara kemuncak bagi majlis tersebut adalah dikir marhaban beramai - ramai yang telah diketuai oleh Cikgu Azamany dan  bacaan doa selamat juga telah dibacakan oleh Cikgu Sarip Hidayatullah sebagai penutup tirai majlis.

 Awg. Aminur Rafie berkata " Tolong KLIK SINI bagi melihat suasana majlis tersebut di atas"

Khamis, 18 Mac 2010

Bacaan Ratibulatas Bagi Bulan Mac

Rabu 17 Mac 2010. Pihak sekolah telah pun mengadakan bacaan ratibulatas yang telah diketuai oleh Cikgu Azamany dan bacaan doa oleh Cikgu Sarip Hidayatullah bersama dengan murid - murid darjah pra, satu dan empat bertempat di bilik amali sekolah. Dengan membaca ratibulatas ini bukan sahaja untuk memenuhi aktiviti sekolah malahan ia adalah satu amalan baik dan berguna untuk keselamatan jesteru melindungi diri dan tempat tinggal daripada bermacam - macam bencana seperti kebakaran, gangguan makhluk halus dan sebagainya.

Selasa, 16 Mac 2010

Lawatan Nazir Kali Ke 5

Selasa.16 Mac 2010. Setelah selesainya ujian bulanan kali pertama dijalankan, hari ini pihak sekolah dikunjungi oleh cikgu Hjh Shamsiah binti Hj Azahari bagi meninjau perjalanan sekolah seterusnya mencerap 2 orang guru sekolah ini. Tujuan pencerapan di buat ialah bagi menilai pengajaran guru dan memberikan teguran seterusnya berkongsi maklumat mengenai pengajaran untuk meningkatkan lagi di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Khamis, 11 Mac 2010

Majlis Bertahlil Bagi Allahyarhamah Cikgu Hjh Saunah

Khamis, 11 Mac 2010. Pada sebelah petang tadi, sekolah ini telah mengadakan majlis bertahlil dan doa arwah bagi salah seorang guru yang telah kembali keramatullah pada hari yang lalu iaitu cikgu Hjh Saunah binti Hj Mohd Yussof. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Guru besar cikgu Mohd Yassin seterusnya bacaan Tahlil diketuai oleh cikgu Azamany serta doa arwah dibacakan oleh cikgu Sarip Hidayatullah. Pihak sekolah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dengan pemergian beliau, semoga Allahyarhamah di balas dengan ganjaran pahala setimpalnya semasa mengajar di sekolah ini.Amin.....

Ujian Bulanan Kali Pertama 1431H / 2010M

Ujian bulanan bertulis kali pertama telah pun selesai dijalankan bagi murid - murid darjah pra hingga tiga, hari ini diteruskan lagi bagi darjah empat. Selama ujian dilangsungkan, murid - murid nampak kurang bersedia dan juga ada murid yang tidak dapat menjawab sepenuhnya disebabkan tidak dapat menggunakan masa dengan bijak. Pihak Sekolah berharap kepada murid - murid akan bersedia lebih awal dan bersungguh - sungguh di dalam pembelajaran sebelum musim peperiksaan setengah tahun nanti.

Selamat Hari Ulangtahun Bagi Guru Berkenaan

Warga sekolah ingin mengucapkan "Selamat hari ulangtahun kepada cikgu Noorhamdillah Yaite, Cikgu Asiah dan Cikgu Azamany" yang mana telah pun diraikan pada awal bulan mac ini. "Didoakan semoga panjang umur dan sehat walafiat serta dimurahkan rezeki..Amin......"

Selasa, 9 Mac 2010

Peraduan Al - Qur`an Kategori B Lelaki 1431H/2010M

 Awang Mohd Khairin mewakili peraduan Al Qur'an Kategori B Lelaki

Selasa. 9 Mac 2010. Kira - kira pukul 2 petang tadi, sekolah ini telah pun menghantar wakil bagi peraduan Al - Qur'an kategori B Lelaki. Peraduan yang dijalankan selama dua hari tersebut bertempat di Sekolah Ugama Dato Mohd Yassin, Kg.Perpindahan Mentiri. Seramai 8 daripada 18 orang hari ini telah mengambil bahagian didalam peraduan ini, diselajurkan juga dengan keputusan peraduan dan penyampaian hadiah bagi peserta yang berjaya serta penyampaian sijil kepada kesemua peserta. Sekolah ini tidak terpilih dan hanyalah mendapat saguhati, dan pihak sekolah tidak lupa mengucapkan tahniah kepada peserta yang telah pun berjaya.

Keputusan Peraduan :
Kategori A Lelaki - 1)S.U PAPANB Kg Mentiri.
                               2)S.U Dato Mahawangsa Lambak.
                               3)S.U Kapok Muara.

Kategori B Lelaki - 1)S.U Dato Mohd Yassin. Perpindahan Mentiri.
                              2)S.U Lambak Kanan Jalan 49.
                              3)S.U S.U.A.S Muara.

Lawatan Nazir Kali Ke 4

Selasa. 9 Mac 2010. Hari ini pihak sekolah menerima lawatan yang ke empat dari Bahagian Unit Kenaziran iaitu Cikgu Hjh Shamsiah Binti Hj Azahari bagi memantau perjalanan sekolah. InsyaAllah beliau akan membuat pencerapan mengejut kepada guru - guru sekolah ini pada minggu hadapan. Kepada guru - guru sekolah ini diucapkan semoga berjaya di dalam pengajaran nanti.

Isnin, 8 Mac 2010

Bacaan Tahlil Oleh Guru - guru

Isnin 8 mac 2010. Guru - guru sekolah ini telah mengadakan bacaan tahlil dan doa arwah bagi Allahyarhamah cikgu Hjh Saunah binti Hj Mohd Yussof yang telah diadakan di bilik guru - guru pada jam 5 petang tadi. Bacaan tahlil diketuai oleh cikgu Sarif Hidayatullah. Memandangkan murid - murid pada minggu ini menghadapi ujian bulanan pertama bertulis, InsyaAllah pihak sekolah akan mengadakan majlis bertahlil bersama dengan murid - murid pada hari sabtu ini.


Ahad, 7 Mac 2010

Al - Fatihah....

Al Fatihah ditujukan kepada Allahyarhamah Cikgu Hjh Saunah Binti Hj Mohd Yussof yang telah kembali keramatullah pada pagi Ahad 21 Rabiulawal 1431H bersamaan 7 Mac 2010. Semoga Rohnya di cucuri rahmat dan dimasukan didalam golongan orang - orang yang beriman dan solehah. Amin Ya Rabbal Alamin......

AL FATIHAH......

Sabtu, 6 Mac 2010

Selamat Datang & Menjalankan Tugas Sebagai Seorang Guru

Warga sekolah sukacita mengucapkan "selamat datang bertugas sebagai seorang guru ugama" kepada Cikgu Sarip Hidayatullah yang telah memulakan tugas pada hari Khamis, 4 mac yang lalu. Semoga dengan adanya cikgu di sekolah ini akan dapat memberikan komitmen sebagai guru yang berdedikasi dan berguna kepada masyarakat amnya dan khususnya Sekolah Ugama Amar Pahlawan.

Peraduan Al - Qur`an Kategori B Perempuan 1431H/2010M

 Dayang Nurismah mewakili peraduan tilawah Al-Quran B

Sabtu. 6 Mac 2010. Sekolah ini telah mewakili peraduan tilawah Al-quran bagi kategori B perempuan yang telah pun diadakan selama dua hari yang bertempat di Sekolah Ugama Haji Mohd Salleh Sungai Hancing. Hari ini adalah merupakan hari kedua peraduan tersebut dijalankan dan diselajurkan dengan pengumuman keputusan peraduan. Sekolah ini  tidak berjaya untuk mewakili peringkat seterusnya dan hanya mendapat saguhati.

Pemenang yang telah pun berjaya :
  • Bagi Kategori 'A'
  1. Dk Amal Zahirah binti Pg Hj Jofri dari Sek. Ugama PAP Hafizah Sururol Bolkiah (Ptg)
  2. Era Irwani binti Roslan dari Sek. Ugama PAP MHB Serusop (Ptg)
  3. Asma Hatsanee binti Donraman dari Sek. Ugama Sungai Besar

  • Bagi Kategori 'B'
  1. Dk Alma Hazirah binti Pg Hj Jofri dari Sek. Ugama PAP Hafizah Sururol Bolkiah (Ptg)
  2. Ida Nurul Fatimah binti Haji Putih dari Sek. Ugama Sungai Besar
  3. Nurul Atiqah binti Husein dari Sek. Ugama PAP Aziemah Nikmatul Bolkiah Mentiri

Jumaat, 5 Mac 2010

Tetamu Tak Di Undang

Khamis. 4 Mac 2010. Kira - kira pukul 3 petang, kedengaran bunyi riuh rendah dari beberapa orang murid sekolah ini setelah mendapati ada seekor monyet yang tak di undang lalu di atas atap dewan sekolah.  Ini adalah kali pertama yang terjadi di sebelah petang dan mujur tidak menimbulkan apa - apa masalah dari segi keselamatan. Pihak sekolah berharap kepada murid - murid agar berwaspada ketika berada di sekolah jika berseorangan terutama hendak pergi ke tandas sekolah.

Lawatan Nazir Kali Ke 3

Rabu.3 Mac 2010. Pihak Sekolah telah menerima lawatan daripada cikgu Hjh Shamsiah binti Hj Azahari iaitu salah seorang dari unit kenaziran bagi sekolah - sekolah ugama kawasan Brunei II. Beliau seperti biasa memantau perjalanan sekolah mengenai pentadbiran, akedemik dan aktiviti sekolah. Beliau juga berpesan kepada guru - guru sekolah ini supaya akan dapat bersedia di dalam pengajaran sebelum di cerap nanti.