HALAMAN

Isnin, 28 Februari 2011

Sambutan Maulidur rasul




















Alhamdulilah segala puji dan syukur kepada allah s.w.t sekolah ugama amar pahlawan telah mengadakan
Sambutan Maulud Nabi pada hari sabtu 26/2/2011 jam 1.30 ptg. dimulai dengan ucapan daripada guru besar diiringgi dengan bacaan doa,persembahan al-quran,berarak dan disudahi dengan dikir marhaban.

Isnin, 21 Februari 2011

Majlis pertandingan dikir.






Majlis pertandingan dikir bahagian perempuan telah diadakan disekolah Ugama dato basir lambak kanan.
Alhamdulilah Majlis pertandingan dikir telah berjalan dgn lancar dan di akhiri dgn dikir marhaban.

Isnin, 14 Februari 2011

Majlis Perpisahan dan Doa Selamat

Hari Khamis,10 hb Febuari 2011M, Majlis Perpisahan dan Doa Selamat telah diadakan bagi Cikgu Nurol Hairolazinah bte Hj Mohd.Tahir yang mana akan memulakan tugas di sekolah baru.Jasa cikgu akan selalu kami kenang. Mudah-mudahan cikgu akan terus berjaya di masa akan datang,Amin..

Rabu, 9 Februari 2011

Majlis pertandingan dikir di sekolah ugama serusop



Alhamdulilah segala puji dan syukur kepada Allah. Sekolah Ugama Amar Pahlawan kategori dikir bahagian lelaki telah bermula kemarin,09hb Febuari 2011M jam 1.45 ptg hingga 4 ptg kumpulan yang ke 11. Diucapkan Syabas kepada mereka yang menyertai pertandingan ini kerana dapat memberikan persembahan yang terbaik. walau bagaimana pun "kalah atau Menang" itu adalah adat pertandingan. bagi yang menang diucapkan tahniah manakala yang kalah teruskan usaha. sekian.

Isnin, 7 Februari 2011

Mengadakan sesi latihan dan sambutan dikir sempena maulud nabi.

Alhamdulilah segala puji dan syukur kepada allah s.w.t. murid-murid sekolah ugama amar pahlawan akan menyertai pertandingan dikir di sekolah ugama serusop bagi murid lelaki manakala murid perempuan akan bertanding di sekolah ugama lambak kanan. Dengan adanya latihan dan bimbingan yang diberikan oleh cikgu azriman,asiah,sarip dan zamala ini di doakan semoga murid-murid berjaya dalam pertandingan dikir yang tidak lama lagi diadakan.

 Selepas sembahyang asar berjemaah. sekolah ugama amar pahlawan mengadakan sambutan dikir sempena maulud nabi yang mana telah diketuai oleh cikgu Nurol dan semua guru-guru
sekolah ugama amar pahlawan.
alhamdulilah..dengan adanya sambutan ini dapat memeriahkan lagi susana sempena maulud nabi disamping memberi bimbingan dan mengalakan murid-murid untuk berdikir.