HALAMAN

Isnin, 23 Februari 2015

 
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE 31 ,mudahan negara kita akan sentiasa aman dan lindungan Allah S.W.T
 amin amin amin Ya Allah.....

TAKLIMAT AL-QURAN

Alhamdulilah, taklimat Al Quran telah diadakan bagi guru-guru S.U.A.P oleh Nazir Al Quran iaitu Ustazah Hjh Jamilah yang mana taklimat ini telah di adakan di sekolah Ugama P.A.P Hafizah Serurul Bolkiah.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MURID CEMERLANG 2014


Tahniah diucapkan kepada murid-murid terbaik bagi setiap darjah,murid-murid cemerlang bagi setiap level, kedatangan terbaik dan murid-murid yang telah berjaya memasuki calon kesekolah Arab yang mana mereka ini telah diraikan pada 15hb Januari 2015.
 
 
 
 
Tetamu kehormat majlis iaitu Guru Besar Sekolah Ugama Amar Pahlawan, Cikgu Rozimin bin Hj Abd. Rahim dan  yang mana majlis ini turut dihadiri oleh ibu bapa serta penjaga yang diraikan .
Acara turut di selajurkan dengan Dikir Marhabban bagi memperingati Hari keputeraan junjungan besar kita ,Nabi Muhammad S.A.W yang mana dipimpin oleh Cikgu Hj Hirwandy Sukardy bin Hj Bugar .
 
 
 
 
 
 
Mudah-mudahan dengan adanya majlis ini akan dapat menyuntik semangat murid-murid yang lain untuk lebih berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang pembelajaran duniawi dan ukhrawi,Amin Ya Rabbal Alamin....

PROGRAM ANAK ANGKAT SESI TAHUN 2015


Alhamdulilah,Program anak angkat bagi tahun 2015 ini diadakan lagi bagi memastikan murid-murid darjah 6 akan dapat mengkhatamkan Al Quran bagi tahun ini disamping memperbaiki kesalahan-kesalahan dalam hukum tajweed serta memberi kaunseling memberi kata-kata semangat bagi murid-murid yang akan menduduki peperiksaan SSSRU pada hujung tahun ini nanti.Insha Allah, mudahan murid-murid akan dapat manfaat daripadanya.

PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID PRA BARU


Pada 8hb Januari 2015, adalah hari pertama sekolah bagi murid-murid pra bagi tahun 2015 dan telah diadakan taklimat bagi bersama ibubapa dan penjaga murid pra .Taklimat ini telah diadakan di dewan laksamana yang mana taklimat ini dimulakan bermula dari kata-kata aluan daripada Guru Besar, Cikgu Rozimin bin Hj Abd.Rahim dan diikuti dengan taklimat dari Guru kanan Pentadbiran, Guru kanan Akademik,Guru darjah Pra Alif dan Pra Ba.
 
Mudahan dengan adanya taklimat ini akan dapat membantu ibu bapa serta penjaga murid mengenai informasi sekolah lebih mendalam lagi.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


Tidak terlambat rasanya pihak Sekolah Ugama Amar Pahlawan ingin mengucapkan "SELAMAT KEMBALI KESEKOLAH " kepada semua anak-anak,murid-murid mahupun guru-guru semua, mudahan dengan bermulanya tahun baru ini akan memberi semangat yang baru untuk belajar lebih cemerlang.