HALAMAN

Ahad, 19 April 2015

PROGRAM KEUGAMAAN SENEGARA KALI KE 4




Pada 16hb April 2015, telah diadakan Program Keugamaan Senegara bagi bulan ini seperti yang diadakan bagi setiap bulan bagi keseluruh sekolah ugama dinegara ini. Tajuk tazkirah pada kali ini mengenai hormat-menghormati dan bacaan selawat yang mana telah diketuai oleh guru besar sendiri iaitu Cikgu Rozimin bin Hj Abd Rahim.

Selepas program ini diadakan , seterusnya acara bersalaman bersama Cikgu Hjh Rohani bin Kamis yang akan berpindah kesekolah Ugama Lambak Kanan. Kami dari pihak S.U.A.P mengucapkan selamat jalan dan ribuan terima kasih kerana telah mendidik murid-murid disini dengan baik,jasamu akan selalu dikenang dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa cikgu.

PROGRAM KEUGAMAAN SENEGARA KALI KE 3

Pada 25hb Mac 2015 Sekolah Ugama Amar Pahlawan sekali lagi mengadakan Program Keugamaan Senegara seperti yang diadakan oleh kesemua sekolah-sekolah ugama dan sekolah Arab seluruh Negara. 'PKS' pada bulan ini adalah berkisar mengenai Kebersihan yang mana tazkirah ini disampaikan oleh Cikgu Hj Hirwandy Sukardy bin Hj Bugar kemudian diteruskan dengan bacaan Ayat-ayat lazim .
 
 

 
 
Acara diselajurkan dengan penyampaian hadiah bagi Peraduan sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
 
 
 
 

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


Alhamdulilah , cuti sekolah penggal pertama telah berlalu dan sekarang telah bermulanya sesi pembelajaran bagi penggal kedua. Mudah-mudahan sesi pengajaran dan pembelajaran penggal kedua ini akan berjalan dengan lancar dan baik Insha Allah.....