HALAMAN

Sabtu, 31 Oktober 2009

Peperiksaan Bagi Darjah 4

Pada hari ini, murid - murid darjah 4 telah pun memulakan peperiksaan akhir tahun 2009 seperti mana yang telah di rancang. Keadaan suasana sekolah pada hari ini juga dalam keadaan sunyi sepi disebabkan murid - murid darjah lain telah pun menamatkan peperiksaan mereka. Oleh yang demikian pihak sekolah akan membuat pelbagai aktiviti sebelum cuti persekolahan penggal ke 4 nanti.


suasana peperiksaan yang diadakan di bilik darjah



memikirkan jawapan (agak susah rasanya)




walau bagaimana pun di doakan semoga mendapat kejayaan nanti......
Amin....Ya Rabbal..Alamin.....

Selamat Menunaikan Ibadah Haji



Dikesempatan ini Warga Sekolah Ugama Amar Pahlawan ingin Mengucapkan `Selamat menunaikan ibadah haji bagi jemaah Negara Brunei Darussalam, semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air nanti..~



klik sini bagi mengetahui jadual penerbangan pemergian dan kepulangan jemaah Haji

Selasa, 27 Oktober 2009

Penyerahan Tugas Dan Tanggung jawab Guru Besar

Pada jam 3.50 petang tadi, Penyerahan tugas dan tanggung - jawab selaku guru besar pun dilakukan di bilik guru - guru ugama sekolah ini. Ia nya dilakukan oleh bekas guru besar sekolah ini iaitu Cikgu Pg Kahar bin Pg Hj Badaruddin yang menyerahkan tugasnya kepada Cikgu Mohd Yassin bin Hj Mohd Yussof. Sebelum penyerahan tugas dibuat, penyerahan kunci kira - kira yuran murid beserta buku bank pun dilakukan pada waktu itu. Penyerahan ini telah pun disaksikan oleh 2 orang guru sekolah ini, iaitu cikgu Hjh Noralam binti Hj Ahmad bersama dengan cikgu Masratna Seri Dewi binti Hj Norariffin. Bacaan doa selamat dan doa tolak bala pun dibacakan oleh cikgu Azamany bin Hj Jumat bagi memberkati dan seterusnya mengakhiri penyerahan tugas tersebut.



Cikgu Pg Kahar berbincang dengan Cikgu Mohd Yassin.


Seterusnya menerangkan beberapa maklumat penting.


Penyerahan Yuran Murid.


Menandatangani penyerahan tugas dan tangung - jawab dan menandatangani sebagai saksi.


Buku Akaun Sekolah





 Gambar kenang - kenangan guru - guru bersama bekas guru besar sekolah ini iaitu cikgu Pg Kahar bin Pg Hj Badaruddin

Lawatan Nazir


Sekitar jam 3 petang, sekolah ini pun telah di kunjungi oleh nazir kawasan Brunei II iaitu cikgu Hjh Shamsiah binti Hj Azahari bagi memantau perjalanan sekolah ini dan memastikan sekolah ini dalam keadaan yang baik dalam pentadbiran dan juga akedemik, selain itu beliau juga menasihatkan kepada guru - guru sekolah ini untuk membuat persediaan dan perancangan awal sebelum cuti penggal persekolahan ke - empat untuk persekolahan tahun 2010 nanti.

Peperiksaan Bagi Murid - murid Darjah 1, 2 dan 3



Hari ini adalah merupakan hari bermulanya peperiksaan akhir tahun bagi darjah 1 hingga 3. Murid - murid sessi akhir iaitu darjah 2 dan 3 di awalkan waktu persekolahannya bersama dengan murid sessi awal bagi menjalani peperiksaaan yang telah di buat di kelas masing - masing. Alhamdulillah peperiksaan berjalan dengan baik. Didoakan semoga murid - murid beroleh kejayaan nanti...Amin Ya Rabbal Alamin...










D.U.I.T
Doa - Usaha - Ikhtiar - Tawakal

Isnin, 26 Oktober 2009

Hari Terakhir Peperiksaan Bagi Darjah Pra

Alhamdulillah, Pada jam 3.30 petang tadi adalah merupakan hari terakhir bagi darjah Pra yang mana telah pun menduduki peperiksaan akhir tahun selama 2 hari bermula pada hari Sabtu lalu bagi tahun 2009. Murid - murid tersebut diberikan cuti selama 3 hari bermula esok iaitu hari selasa 27 Oktober 2009 dan bersekolah semula pada hari Sabtu 31 Oktober 2009 nanti. Adalah memandangkan bermulanya peperiksaan akhir tahun bagi murid - murid darjah 1 hingga 3 yang akan bermula pada esok hari bertarikh 27 Oktober 2009 selama 3 hari dan berakhir pada 29 Oktober 2009 .


















nampak murid ini begitu tekun menjawab soalan

Semoga Berjaya Amin....

Selasa, 20 Oktober 2009

Guru Besar Baru Sekolah Ugama Amar Pahlawan

Warga Sekolah Ugama Amar Pahlawan mengucapkan ''Selamat Datang dan Bertugas" kepada cikgu Mohd Yassin bin Hj Mohd Yussof yang memulakan tugas selaku Guru Besar baru di sekolah ini pada 1 oktober 2009....di harap semoga mentadbir dengan baik dan memajukan lagi sekolah ini kearah kecemerlangan...

Isnin, 19 Oktober 2009

Sambutan Hari Raya 1430H / 2009M

Pada hari sabtu 3 oktober 2009 yang lalu sekolah telah pun mengadakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi tahun 2009 ini. Majlis bertempat di dalam bilik darjah 4. Aturcara majlis dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah, seterusnya persembahan nyanyian murid daripada setiap level daripada murid darjah pra hingga 4.Persembahan nyayian juga di selang-selikan dengan cabutan hadiah bertuah bagi murid bagi memeriahkan lagi suasana pada waktu itu. Diakhiri dengan majlis ialah bacaan doa selamat oleh cikgu Azamany bin Hj Jumat. Kemudian Guru - guru bersama Murid-murid menikmati jamuan di sebelah bilik darjah tersebut disajikan dengan pelbagai makanan dan hidangan yang menyelerakan...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN


Ahad, 18 Oktober 2009

Majlis Perpisahan Bagi Guru Besar Sekolah


Pada 30 September 2009 yang lalu sekolah telah mengadakan majlis perpisahan yang bertempat di bilik-bilik guru - guru bagi cikgu Pg.Kahar bin Pg Hj Badaruddin, yang mana beliau telah pun di pindahkan ke Bahagian Unit Peperiksaan di bangunan Kementrian Hal Ehwal Ugama pada 1 oktober 2009. Beliau telah pun bertugas di sekolah ini sejak 5 januari 2006 hinggalah pada 30 September 2009. Majlis ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai - ramai. Kemudian dikuti dengan ucapan daripada yang di raikan, seterusnya ucapan dari guru kanan pentadbiran dan akademik iaitu cikgu Hjh Noralam bte Hj Ahmad. majlis juga di teruskan dengan penyampaian cenderahati kenang - kenangan dari guru-guru yang disampaikan oleh cikgu Hjh Nurhaire Asikin bte Ahmad kepada cikgu Pg kahar bin Pg Hj Badaruddin. bagi memberkati majlis, di teruskan lagi dengan doa selamat oleh cikgu Azamany bin Hj Jumat.


 



Di kesempatan ini, Kami guru - guru juga tidak lupa ingin memohon kemaafan jika terdapat kesalahan dan kesilapan serta mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada cikgu Pg.Kahar bin Pg Hj Badaruddin kerana telah berkhidmat di sekolah ini yang mana memberikan arahan dan teguran yang baik, kerjasama dan bertolak - ansur. Semoga Allah saja yang membalas jasa beliau. Amin....

Sabtu, 17 Oktober 2009

Sekapur Sirih

Alhamdulillah, Bersyukur kita ke hadrat Allah Subahana Wataala kerana dengan izinNya jua dan juga kerjasama dari semua guru - guru sekolah ini dapatlah blog ini disempurnakan. Sama-sama lah kita berkongsi maklumat dan pengalaman tentang hal ehwal sekolah ini. InsyAllah sekolah ini akan mengemaskinikan lagi dan juga mengongsikan bahan - bahan yang menarik kepada para pembaca sekalian, Wassalam