HALAMAN

Selasa, 15 November 2011

aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun 2011









Alhamdulilah setelah selesai peperiksaan akhir tahun ada beberapa aktiviti telah dijalankan & diawasi oleh guru kelas bagi darjah 1,2 & 3 diantaranya ialah membuat reka bentuk berupa "Model" dan lawatan ke i.c.c untuk melihat expo dan mengikuti aktiviti yang telah disediakan.

Ahad, 19 Jun 2011

Sukan Ria 2011M













Alhamdulilah sebelum bermulanya cuti persekolahan penggal ke 2. sekolah ugama Amar Pahlawan
telah mengadakan sukan ria selama 2 hari bermula pada hari khamis dan sabtu iaitu 2/6/2011 dan 4/6/2011
yg mana ahli-ahli ajk terdiri daripada guru sekolah. diantara sukan tersebut iaitu bermain bola sepak,netball,
berlari,memasang kain sarong dan lain-lain.semoga sukan ria ini memberi kenangan manis kepada guru & murid-murid sekian..


Khamis, 17 Mac 2011

Peraduan Tulisan Jawi Tahun 1432H/2011M

Alhamdulillah, pada hari Sabtu 12hb Mac 2011M, Peraduan Tulisan Jawi
telah diadakan seluruh negara mulai dari darjah Pra hingga Darjah 6.

Diharap dengan adanya peraduan Tulisan Jawi ini akan dapat mengetengahkan bakat murid-murid dalam penulisan Jawi dengan betul dan cantik.

Rabu, 2 Mac 2011

Majlis pertandingan membaca al-quran kategori B




Pertandingan bacaan al-quran bahagian perempuan kategori B telah di adakan ptg tadi bermula jam 1.30 hingga 4 ptg di sekolah ugama mahawangsa. peserta ini di wakili oleh murid darjah 4 alif iaitu dyg ifatul aqilah binti omar. dimajlis tersebut turut dihadiri oleh tetamu kehormat dan guru besar. tahniah diucapkan kepada dyg ifatul aqilah.

Selasa, 1 Mac 2011

Majlis pertandingan membaca al-quran kategori A




Alhamdulilah segala puji dan syukur kepada allah s.w.t. majlis pertandingan al-quran
kategori A telah pun selesai diadakan ptg tadi bermula 1.30 ptg hingga 4ptg. Dyg Norismah bte hj marsal adalah wakil peserta bagi sekolah ugama amar pahlawan kategori A bagi perempuan. diucapkan tahniah kepada Dyg Norismah dapat memberikan persembahan yg baik.

Isnin, 28 Februari 2011

Sambutan Maulidur rasul




















Alhamdulilah segala puji dan syukur kepada allah s.w.t sekolah ugama amar pahlawan telah mengadakan
Sambutan Maulud Nabi pada hari sabtu 26/2/2011 jam 1.30 ptg. dimulai dengan ucapan daripada guru besar diiringgi dengan bacaan doa,persembahan al-quran,berarak dan disudahi dengan dikir marhaban.