HALAMAN

Khamis, 16 Julai 2015




MAJLIS TAHLIL DAN DOA ARWAH DAN PENUTUP SEKOLAH BULAN RAMADHAN


Sekali lagi sekolah mengadakan bacaan Tahlil dan Doa Arwah pada 09.07.15 dan diselajurkan dengan acara seperti tahun-tahun lepas iaitu bertukar-tukar sedekah untuk guru disamping untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama guru-guru.

MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA DAN MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN

 
Pada 06hb Julai 2015 telah di adakan Majlis perjumpaan ibubapa dan menandatanagni rekod kemajuan murid-murid darjah pra hingga darjah 6 bermula jam 12.30 hingga 2 petang.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

 
Pada 08hb Julai 2015, Sekolah telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi guru-guru dan murid-murid darjah 4,5, dan 6. Majlis ini bertempat didewan Pahlawan.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BRUNEI 2A

 
Alhamdulillah seperti lazimnya tahun-tahun lepas , acara Majlis Khatam Al-Quran bagi kawasan Brunei 2A telah diadakan lagi pada tahun ini iaitu pada 08hb Julai 2015 bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama P.A.P.M.H.B Serusop pada jam 9 Pagi.
 
Tetamu Kehormat majlis ialah Hjh Surbiah binti Hj Awg. Tengah , Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam. Majlis ini dihadiri oleh Pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, guru-guru dari sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei 2A.
 
Acara ini juga diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah bagi guru-guru yang telah kembali kerahmatullah, didoakan mudahan roh-roh mereka ditempatkan bersama orang-orang muslim Amin..

PROGRAM KEUGAMAAN SENEGARA BAGI BULAN JUN

 
Program Keugamaan Senegara bagi bulan Jun telah di adakan pada 22.06.15 di seluruh sekolah-sekolah ugama dan sekolah-sekolah Arab di Negara Brunei Darussalam.
 
Intipati program pada kali ini ialah Bacaan Surah Yassin dan bacaan Tahlil dan Doa Arwah khusus di tujukan kepada guru-guru dan umat muslimin yang telah kembali kerahmatullah.
 
Program ini disertai oleh murid-murid darjah 4,5 dan 6 serta guru-guru S.U.A.P. 

PEMBUKAAN TEDARUS AL-QURAN

 
Pada 20.06.15 adalah Majlis Pembukaan Tedarus Al-Quran bagi Sekolah Ugama Amar Pahlawan, yang mana majlis ini di ketuai oleh Guru Besar sendiri iaitu Cikgu Rozimin bin Haji Abd. Rahim.
Acara ini di hadiri oleh guru-guru dan murid-murid darjah 4, 5,6 yang mana mereka ini bersekolah pada bulan Ramadhan bermula jam 12.30 tengahari hingga 2 petang. Manakala bagi darjah pra hingga darjah 3 dicutikan sementara sehingga 24hb Julai 2015.

PROGRAM KEUGAMAAN SENEGARA

Alhamdulilah, pada 14.05.15 telah diadakan Program Keugamaan Senegara bagi bulan Mei. Yang mana program pada kali ini ialah Sembahyang Hajat dan membaca Surah Yassin, dan program kali ini diketuai oleh Cikgu Mohd. Azli dan di hadiri oleh semua murid-murid dari darjah pra sehingga darjah 6.