HALAMAN

Khamis, 10 Julai 2014

PROGRAM PENGHAYATAN SOLAT/ SAYA SUKA SOLAT

Aktiviti Program Penghayatan Solat diadakan selepas murid-murid habis menjalani Peperiksaan Setengah Tahun 2014M. Yang mana program ini bertujuan menghalusi lagi perbuatan-perbuatan Wudhu dan solat serta bacaan-bacaan niat wudhu dan solat, agar murid-murid ini mengerjakan wudhu dan solat dengan betul, yang mana melibatkan murid-murid darjah Pra - darjah 3 dan darjah 4 - darjah 6.

Terdapat tiga bahagian program ini diadakan iaitu :
Bahagian 1- Teori/ Ceramah
Bahagian 2 - Praktikal
 Bahagian 3 - Aktiviti
Jika murid-murid mengikuti program ini sebanyak tiga bahagian , murid-murid akan diberikan Sijil penghargaan diatas mengikuti Program Saya Suka Solat ini.

Aktiviti murid secara berkumpulan menyusun Niat Wudhu bagi darjah Pra dan 1
Aktiviti menyusun cara-cara sembahyang dengan betul

 Mudah-mudahan murid-murid akan mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu dalam program ini dan akan menjadi anak yang suka solat..Amin..Amin Ya Rabbal Alamin.

SEGULUNG TAHNIAH DIUCAPKAN

Alhamdulilah, Tahniah diucapkan kepada Murid yang telah terpilih sebagai Murid Cemerlang bagi darjah 1 tahun 2013M/1434H iaitu Siti Salwani bte Hj Junaidi Hamdi. Didoakan akan lebih berjaya dimasa akan datang, taat kepada agama, ibubapa dan guru..Amin..Amin..Amin.

PROGRAM KEUGAMAAN SENEGARA KE 4

Pada 21hb April 2014, program keugamaan senegara kali ke 4 telah diadakan bertempat didewan Sekolah Rendah Amar Pahlawan yang mana terdapat 2 sesi iaitu sesi awal bagi darjah Pra, 1,4 dan 6 manakala sesi akhir bagi darjah 2,3 dan 5. Program keugamaan senegara kali ini ialah tazkirah , kelebihan-kelebihan bacaan selawat antara nya ialah selawat Syifa dan selawat Tafrijiyah.

Selepas acara program keugamaan senegara ini , dua taklimat telah di adakan iaitu taklimat mengenai keselamatan murid-murid didalam kawasan sekolah yang mana disampaikan oleh Guru Besar sendiri iaitu Cikgu Rozimin bin Hj Abd Rahim dan taklimat kedua ialah mengenai bahayanya "Permainan Spirit" yang disampaikan oleh Guru Disiplin Cikgu Hj Hirwandy Sukardy bin Hj Bugar.

Selasa, 8 Julai 2014

Program Anak Angkat bagi Majlis Khatam Al-quran murid darjah 6 2014M

Pada 08hb April 2014 telah bermulanya Program Anak Angkat bagi majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid darjah 6 bagi tahun 2014M / 1435H. Program ini bertujuan untuk memastikan murid-murid dapat dipantau mutu bacaan dan Juzu' mereka disamping itu memerikan bimbingan yang sepatutnya agar mereka ini juga berusaha untuk menghabiskan bacaan Al-Quran mereka sebelum Majlis Khatam Al-Quran itu nanti.

Program ini akan diadakan sebanyak 2 kali dalam seminggu iaitu pada hari Selasa dan hari Rabu jam 5.00 hingga 5.30 petang.

Majlis Perpisahan dan Doa Selamat

Pada 21hb Febuari 2014 , pihak sekolah S.U.A.P telah mengadakan Majlis perpisahan dan Doa Selamat bagi guru yang telah pindah ke sekolah Ugama P.A.P Hafizah iaitu Cikgu Hjh Masniah bte Hj Mohd. Tahir  yang mana telah diadakan di Restaurant Season, Centrepoint Gadong.

Didoakan semoga Cikgu akan terus maju jaya dalam suasana tempat pengajaran yang baru dan mudahan segala jasa guru mengajar disekolah ini akan mendapat keberkatan dari Allah Subhanahu Wataala, Amin..Amin.. Ya Rabbal Alamin.

Program Keugamaan Senegara

Alhamdulillah Program Keugamaan senegara pertama pada tahun 2014H/1435H telah diadakan pada 25hb Febuari 2014 iaitu bacaan Surah Yassin bagi dua sesi iaitu sesi awal bagi darjah Pra ,1 ,4 dan 6 manakala sesi akhir bagi darjah 2,3 dan 5.


SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-30


Pada 27hb Febuari 2014, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 30 tahun. Acara diadakan didewan Sekolah Rendah Amar Pahlawan jam 2.00 hingga 4.30 petang.

Acara dimulai dengan bacaan Surah AL-Fatihah yang dipimpin oleh Cikgu Hj Hirwandy Sukardy bin Hj Bugar dan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, Cikgu Rozimin bin Hj Abd Rahim.
Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dinyanyikan oleh semua guru-guru dan murid-murid S.U.A.P.

Acara diteruskan lagi dengan persembahan Lagu Patriotik " Negaraku Bumi Bertuah" yang dipersembahkan oleh murid-murid darjah 1 dan 2. Peraduan juga diadakan bagi murid-murid darjah Pra hingga 6 antaranya ialah:
Darjah Pra- Mewarna gambar Masjid Omar Ali Saifuddin
Darjah 1- Mewarna gambar Kampong Air
Darjah 2- Mewarna gambar Muzium Negara
Darjah 3- Mewarna gambar Alat-Alat Kebesaran Diraja
Darjah 4- Mencari Perkataan Tersembunyi
Darjah 5 dan 6- Peraduan teka silang kata



SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W

اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulilah, Sekolah Ugama Amar Pahlawan telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W  yang mana diadakan pada 18hb Januari 2014 di dewan Sekolah Rendah Amar Pahlawan jam 2.00 petang.

Surah Al-Fatihah pembuka acara yang mana dibacakan oleh murid-murid darjah pra dan satu.


Sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W  pada tahun ini, sekolah mengadakan beberapa peraduan bagi darjah pra hingga darjah 4 antara peraduannya ialah:
Darjah Pra (Lelaki / perempuan) :Membaca niat wudhu
Darjah 1( Lelaki)  :Lafaz Azan    (Perempuan)  :Niat Sembahyang Fardhu
Darjah 2    ( Lelaki /Perempuan) :Menghafal bulan-bulan Islam
Darjah 3    (Lelaki/Perempuan)   :Menghafal Sifat-sifat Wajib Allah
Darjah 4    (Lelaki/Perempuan)   :Mari bercerita ( kisah-kisah nabi)
Darjah 5 dan 6                          :Persembahan Dikir  




 

Sabtu, 5 Julai 2014

Majlis Penyampaian Hadiah Murid Terbaik Tahun 2013





Majlis Penyampaian Hadiah murid-murid terbaik , Kedatangan terbaik dan murid-murid cemerlang telah diadakan pada 11hb Januari 2014 di dewan Sekolah Rendah Amar Pahlawan jam 2.00 petang.
Acara dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Cikgu Hj Hirwandy Sukardy kemudian acara pentas di persembahkan oleh murid-murid darjah pra tahun 2014.

Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah murid terbaik, cemerlang , kedatangan terbaik dan hadiah galakkan bagi murid-murid pendidikan khas.

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah lulus dan mendapat keputusan yang cemerlang diharap akan terus maju jaya.

TAKLIMAT KEMASUKKAN MURID PRA TAHUN 2014




Selamat datang ke Sekolah Ugama Amar Pahlawan kepada murid-murid darjah pra tahun 2014.
Taklimat kemasukkan murid-murid baru darjah Pra telah diadakan pada 08.01.2014 di dewan Sekolah Rendah Amar Pahlawan jam 2.00 petang yang mana dihadiri oleh Ibu Bapa serta penjaga murid-murid pra. Taklimat didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Cikgu Rozimin bin Hj Abd Rahim kemudian taklimat diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar kemudian Guru Kanan Akademik,Guru Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Al-Quran dan Guru-guru darjah Pra . Perisian mengenai buku-buku teks yang akan diberikan, mengenai Peperiksaan Pra, Disiplin dan kehadiran murid-murid kesekolah.