HALAMAN

Sabtu, 22 September 2012

SELAMAT HARI GURU

Meriah.....

Kenangan guru-guru S.U.A.P sambut harijadi...

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DARJAH 1V

Buat pertama kalinya,pada 14hb Juali 2012, Sekolah Ugama Amar Pahlawan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid darjah 6 Seramai 30 orang murid dikhatamkan, bertempat di dewan Sekolah Rendah Amar pahlawan. Tetamu kehormat majlis , Dato Paduka Pehin Khatib Hj Mustafa bin Hj Murad, Imam masjid Jame Asr' Hassanal Bolkiah, Pegawai-pegawai jemputan khas dari Jabatan Pengajian Islam, guru-guru besar dan Ibybapa serta penjaga murid.

Khamis, 20 September 2012

KEHADIRAN GURU BESAR DAN DUA ORANG GURUBARU

Dukacitanya, pada tarikh 17hb julai 2012 guru besar Cg. Mohd. Yassin bin Hj. Mohd. Yussof telah berpindah ke sekolah Ugama Lambak Kanan. Terima Kasih diucapkan kepada Cikgu Yassin diatas kepimpinan yang baik kepada sekolah S.U.A.P selama 2 tahun. Dan dengan sukacitanya juga pihak S.U.A.P menyambut baik kehadiran guru besar baru iaitu Cg. Rozimin bin Hj Abd. Rahim dan 2 orang guru baru iaitu Cg. Hjh Rohani bte Kamis dan Cg. Hirwandy Sukardy bin Hj Bugar.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN GURU-GURU KAWASAN BRUNEI 11A

Pada 11hb Ogos 2012, Majlis Khatam Al-Quran bagi guru-guru kawasan Brunei 11A telah diadakan bertempat di Sekolah Ugama Lambak Kanan anjuran JKPSSU yang dihadiri oleh semua guru-guru besar dan guru-guru sekolah ugama kawasan Brunei 11A.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN

Sekolah Ugama Amar Pahlawan telah mengadakan majlis Khatam Al-Quran dan membaca tahlil dan doa arwah sempena bulan Ramadhan iaitu pada 9hb Ogos 2012 bertempat di bilik ibadat S.U.A.P. Dalam majlis ini juga diselajurkan penyampaian derma bagi anak-anak yatim serta murid yg kurang berkemampuan yang mana telah disampaikan oleh Guru Besar S.U.A.P.
Setelah majlis selesai, giliran guru-guru S.U.A.P untuk ber tukar-tukar sedekah sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

MAJLIS KHATAM 66 KALI

Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 66 Tahun,Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 66 kali pada 8hb Ogos 2012 bertempat di Masjid Jame Asr' Hassanal Bolkiah. Pihak S.U.A.P telah diwakili oleh 6 orang guru dan pegawai pelajaran.

Isnin, 17 September 2012

PERTANDINGAN MEMBACA TAHLIL DAN DOA ARWAH

Pada 26hb dan 27hb Jun 2012, Sekolah Ugama Amar Pahlawan telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan membaca Tahlil dan Doa Arwah bagi murid-murid sekolah ugama kawasan Brunei 11A. Alhamdulilah, S.U.A.P telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini yang mana akan menjadi wakil kawasan Brunei 11A. Mudah-mudahan wakil S.U.A.P ini akan beroleh kejayaan pada pertandingan akan datang bagi peringkat akhir.

SUKAN RIA

Pada tahun ini, acara Sukan Ria telah diadakan pada Hari Ahad, 24hb Jun 2012 yang mana bertempat di Sekolah Menengah P.A.P Masna Kg. Perpindahan Lambak Kanan . Sukan Ria ini melibatkan guru-guru ugama kawasan Brunei 11A. Terdapat 4 buah kumpulan rumah yang telah di bahagi-bahagikan mengikut sekolah masing-masing dan beberapa pertandingan yang telah di anjurkan mengikut sekolah yang dilantik.Kumpulannya ialah: Rumah Kuning, Rumah Merah, Rumah Hijau dan Rumah Biru. Alhamdulilah,juara bagi sukan ria kumpulan Rumah Kuning,tempat kedua kumpulan Rumah Merah, tempat ketiga kumpulan Rumah Biru dan tempat keempat ialah kumpulan Rumah Hijau. Dengan adanya sukan ria ini akan dapat mengeratkan silaturrahim sesama guru-guru dari sekolah-sekolah ugama yang lain.

PESTA BUKU

Alhamdulilah, setelah sekian lama baru dapat 'update' blog ni...bermula dengan lawatan pesta buku yang mana diadakan pada bulan Febuari lalu.Rombongan sekolah S.U.A.P juga tidak ketinggalan untuk mengunjungi pesta buku tersebut. Semoga dengan lawatan ini murid-murid akan dapat manfaat yang banyak bagi kepentingan pembelajaran masing-masing.