HALAMAN

Memaparkan catatan dengan label kata - kata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kata - kata. Papar semua catatan

Ahad, 19 April 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


Alhamdulilah , cuti sekolah penggal pertama telah berlalu dan sekarang telah bermulanya sesi pembelajaran bagi penggal kedua. Mudah-mudahan sesi pengajaran dan pembelajaran penggal kedua ini akan berjalan dengan lancar dan baik Insha Allah.....

Isnin, 23 Februari 2015

 
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE 31 ,mudahan negara kita akan sentiasa aman dan lindungan Allah S.W.T
 amin amin amin Ya Allah.....

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


Tidak terlambat rasanya pihak Sekolah Ugama Amar Pahlawan ingin mengucapkan "SELAMAT KEMBALI KESEKOLAH " kepada semua anak-anak,murid-murid mahupun guru-guru semua, mudahan dengan bermulanya tahun baru ini akan memberi semangat yang baru untuk belajar lebih cemerlang.

Khamis, 10 Julai 2014

SEGULUNG TAHNIAH DIUCAPKAN

Alhamdulilah, Tahniah diucapkan kepada Murid yang telah terpilih sebagai Murid Cemerlang bagi darjah 1 tahun 2013M/1434H iaitu Siti Salwani bte Hj Junaidi Hamdi. Didoakan akan lebih berjaya dimasa akan datang, taat kepada agama, ibubapa dan guru..Amin..Amin..Amin.

Khamis, 15 Mei 2014

GURU - GURU S.U.A.P TAHUN 2013

Kenangan bersama guru-guru yang telah berpindah sekolah iaitu Cikgu Sarip Hidayatullah bin Iskandar dan Cikgu Hjh Masniah bte Hj Mohd.Tahir.

Selamat maju jaya dalam mencurahkan ilmu dan didoakan semoga dirahmati Allah S.W.T 

Rabu, 13 Mac 2013

SELAMAT DATANG

Alhamdulillah, Sekolah Ugama Amar Pahlawan telah diserikan dengan kehadiran tiga orang tenaga pengajar yang baru pada awal tahun ini. Mereka ialah Cikgu Pg Hjh Jamilah bte Pg Hj Damit, Cikgu Hjh Norlela bte Hj Mokhtar dan Cikgu Kartini bte Shahbudin bagi menggantikan guru-guru yang telah berpindah awal tahun yang lalu.

JASA MU AKAN SENTIASA DIKENANG

Tahun 2013 ini, sekali lagi berlakunya rombakan bagi tenaga pengajar sekolah Ugama Amar Pahlawan yang mana tiga orang guru telah berpindah iaitu Cikgu Hjh Norzamala bte Hj Mohiddin, Cikgu Noorhamdillah Yaite bin Hj Ahmad dan Cikgu Sarip Hidayatullah bin Iskandar.Masing-masing telah berpindah kesekolah Ugama Pg Anak Puteri HAfizah, Sekolah Ugama Lambak Kanan dan Sekolah Menengah Saiyidina Abu Bakar. Terima Kasih atas jasa-jasa bis cikgu kerana telah mencurahkan ilmu kepada murid-murid mahupun kepada guru-guru S.U.A.P . p/s: JAUH DIMATA DEKAT DIHATI

Ahad, 20 Januari 2013

KEMBALI KESEKOLAH

ALHAMDULILLAH , KITA SUDAH MASUK KE TAHUN BARU 2013M DAN BERMULANYA SESI PERSEKOLAHAN BARU BAGI TAHUN 2013 INI.MUDAH-MUDAHAN SEGALA APA YANG DIRANCANG DAN PELAJARAN YANG AKAN DI SAMPAIKAN TAHUN INI AKAN BERJALAN DENGAN BAIK..AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Khamis, 20 September 2012

KEHADIRAN GURU BESAR DAN DUA ORANG GURUBARU

Dukacitanya, pada tarikh 17hb julai 2012 guru besar Cg. Mohd. Yassin bin Hj. Mohd. Yussof telah berpindah ke sekolah Ugama Lambak Kanan. Terima Kasih diucapkan kepada Cikgu Yassin diatas kepimpinan yang baik kepada sekolah S.U.A.P selama 2 tahun. Dan dengan sukacitanya juga pihak S.U.A.P menyambut baik kehadiran guru besar baru iaitu Cg. Rozimin bin Hj Abd. Rahim dan 2 orang guru baru iaitu Cg. Hjh Rohani bte Kamis dan Cg. Hirwandy Sukardy bin Hj Bugar.

Jumaat, 13 Januari 2012


Pada 3hb Januari 2012, adalah hari pertama persekolahan bagi tahun ini bagi murid-murid darjah 1 hingga darjah 6. Alhamdulilah, yang mana pada tahun 2012 ini pihak S.U.A.P telah membuka pendaftaran bagi murid darjah 6 buat pertama kalinya.

Manakala hari pertama persekolahan bagi murid baru "pra" bermula pada hari Khamis 5hb Januari 2012, yang mana hanya terdapat dua buah kelas bagi darjah 'Pra" iaitu Pra Alif dan Pra Ba.

Mudah-mudahan , dengan kemasukkan tahun baru 2012 ini , murid-murid akan lebih bersemangat dan tekun belajar untuk mencapai kejayaan yang dihajati,Amin Ya Rabbal Alamin....

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 MASIHI


Alhamdulilah, tidak terlambat untuk pihak S.U.A.P mengucapkan "Selamat menyambut tahun baru 2012 Masihi". Semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan membuka satu episod baru dalam pentasrama kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini...

Isnin, 25 Oktober 2010

Tahniah..!!

Alhamdulilah, keputusan memasuki calon persekolahan Arab telah pun dikeluarkan baru-baru ini dan seramai enam orang murid bagi mewakili sekolah ini telah berjaya memasuki Sekolah Persediaan Arab bagi penuntut perempuan dan Sekolah Arab Jerudong bagi penuntut lelaki.

p/s: Tahniah diucapkan dari warga sekolah SUAP dan mudahan murid-murid akan lebih berjaya di persekolahan Arab nanti,Amin Ya Rabbal Alamin..


Rabu, 22 September 2010

Selamat Hari Guru


Tarikh 23hb September 2010, adalah tarikh yang istimewa bagi semua insan-insan yang bergelar "GURU", mudah-mudahan sepanjang yang kita telah ajarkan kepada anak didik kita semua akan dapat diterima oleh mereka dengan baik dan mendapat keredhaan daripada Allah Subhanahu Wataala..Amin.
Dan tidak lupa kepada guru-guru yang telah kembali kerahmatullah, jasa-jasa mereka akan sentiasa dikenang, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah & mudah-mudahan mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman Amin.. 
Akhir sekali kami warga SUAP ingin mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua guru-guru dimana saja berada.. ;)
p/s: Berusaha kita untuk meningkatkan prestasi pengajaran yang lebih baik lagi!

Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA


Sebulan sudah kita berpuasa,
Ramadhan mula meninggalkan kita,
kini tibanya Hari Raya,
bulan kemenangan buat umat Islam semua.

Warga Sekolah Ugama Amar Pahlawan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada murid-murid dan seluruh umat Islam dimana juga berada.


Isnin, 9 Ogos 2010

TAHNIAH...

Tahniah buat Cikgu Masratna Seridewi @ Azra Zahra bte Hj Ariffin yang telah terpilih mengikuti kursus Diploma Lepasan Ijazah ( Pendidikan ) bertempat KUPU SB Bandar Seri Begawan, sesi 2010 -2011. Pihak warga S.U.A.P mengucapkan selamat maju jaya dalam kursus yang diikuti agar menjadi seorang pendidik yang berwibawa, amin...

Rabu, 26 Mei 2010

Selamat Datang Mahasiswa KUPU SB

Warga sekolah sukacita ingin mengucapkan "Selamat Datang Ke Sekolah Ugama Amar Pahlawan Bagi Cikgu Anuar bin Hj Salim, didoakan semoga usaha dan didikan cikgu akan sentiasa dirahmati & berjaya didalam praktik mengajar nanti". Beliau merupakan salah seorang mahasiswa tahun 3 dalam jurusan ijazah sarjana muda syariah dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan yang  mana akan memulakan latihan pengajaran selama sebulan disekolah ini.