HALAMAN

Khamis, 19 Mac 2015


PERADUAN TULISAN JAWI SENEGARA


Pada 7hb Mac 2015, telah diadakan Peraduan Tulisan Jawi Senegara bagi tahun ini yang mana juga telah diadakan serentak bagi kesemua sekolah-sekolah ugama diseluruh daerah. Peraduan ini diadakan bagi kesemua peringkat darjah Pra sehingga darjah Enam, bagi mengasah kebolehan murid-murid dalam khat tulisan jawi.
 
 

PROGRAM KEUGAMAAN SENEGARA DAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN




Program keugamaan senegara bagi bulan Febuari lalu telah berlangsung pada 24hb Febuari 2015 dengan acara membaca Surah Yassin dan di ikuti dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan. Acara Program sebegini telah berlangsung serentak bagi ke empat-empat daerah bagi semua murid-murid  dari darjah Pra sehingga darjah Enam.


Acara juga diteruskan dengan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 31 dengan mengadakan peraduan-peraduan bagi setiap level darjah antara peraduan nya ialah peraduan mewarna bagi darjah pra-3 dan peraduan menulis khat tulisan jawi bagi darjah 4-6.

Peraduan mewarna bendera Negara Brunei Darussalam dan logo Hari Kebangsaan

Bersemangat sungguh murid-murid mengikuti peraduan ini,
 inilah yang dikatakan semangat "GENERASI BERWAWASAN"