HALAMAN

Khamis, 27 November 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2014M/1435H

Pada 16hb Ogos 2014, Sekolah Ugama Amar Pahlawan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid darjah 6 bagi tahun 2014/1435, yang mana telah di adakan didewan Sekolah Rendah Amar Pahlawan.
 
Antara tetamu kehormat majlis ialah, Cikgu Sharinah bte Haji Shahbuddin, Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Amar Pahlawan, Hj Ahsanul Azmi bin Hj Serbini, Pegawai Pengajian Islam Daerah kawasan Brunei 2A serta pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam serta guru-guru besar dan ibubapa serta penjaga murid.



Khamis, 10 Julai 2014

PROGRAM PENGHAYATAN SOLAT/ SAYA SUKA SOLAT

Aktiviti Program Penghayatan Solat diadakan selepas murid-murid habis menjalani Peperiksaan Setengah Tahun 2014M. Yang mana program ini bertujuan menghalusi lagi perbuatan-perbuatan Wudhu dan solat serta bacaan-bacaan niat wudhu dan solat, agar murid-murid ini mengerjakan wudhu dan solat dengan betul, yang mana melibatkan murid-murid darjah Pra - darjah 3 dan darjah 4 - darjah 6.

Terdapat tiga bahagian program ini diadakan iaitu :
Bahagian 1- Teori/ Ceramah
Bahagian 2 - Praktikal
 Bahagian 3 - Aktiviti
Jika murid-murid mengikuti program ini sebanyak tiga bahagian , murid-murid akan diberikan Sijil penghargaan diatas mengikuti Program Saya Suka Solat ini.

Aktiviti murid secara berkumpulan menyusun Niat Wudhu bagi darjah Pra dan 1
Aktiviti menyusun cara-cara sembahyang dengan betul

 Mudah-mudahan murid-murid akan mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu dalam program ini dan akan menjadi anak yang suka solat..Amin..Amin Ya Rabbal Alamin.

SEGULUNG TAHNIAH DIUCAPKAN

Alhamdulilah, Tahniah diucapkan kepada Murid yang telah terpilih sebagai Murid Cemerlang bagi darjah 1 tahun 2013M/1434H iaitu Siti Salwani bte Hj Junaidi Hamdi. Didoakan akan lebih berjaya dimasa akan datang, taat kepada agama, ibubapa dan guru..Amin..Amin..Amin.

PROGRAM KEUGAMAAN SENEGARA KE 4

Pada 21hb April 2014, program keugamaan senegara kali ke 4 telah diadakan bertempat didewan Sekolah Rendah Amar Pahlawan yang mana terdapat 2 sesi iaitu sesi awal bagi darjah Pra, 1,4 dan 6 manakala sesi akhir bagi darjah 2,3 dan 5. Program keugamaan senegara kali ini ialah tazkirah , kelebihan-kelebihan bacaan selawat antara nya ialah selawat Syifa dan selawat Tafrijiyah.

Selepas acara program keugamaan senegara ini , dua taklimat telah di adakan iaitu taklimat mengenai keselamatan murid-murid didalam kawasan sekolah yang mana disampaikan oleh Guru Besar sendiri iaitu Cikgu Rozimin bin Hj Abd Rahim dan taklimat kedua ialah mengenai bahayanya "Permainan Spirit" yang disampaikan oleh Guru Disiplin Cikgu Hj Hirwandy Sukardy bin Hj Bugar.

Selasa, 8 Julai 2014

Program Anak Angkat bagi Majlis Khatam Al-quran murid darjah 6 2014M

Pada 08hb April 2014 telah bermulanya Program Anak Angkat bagi majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid darjah 6 bagi tahun 2014M / 1435H. Program ini bertujuan untuk memastikan murid-murid dapat dipantau mutu bacaan dan Juzu' mereka disamping itu memerikan bimbingan yang sepatutnya agar mereka ini juga berusaha untuk menghabiskan bacaan Al-Quran mereka sebelum Majlis Khatam Al-Quran itu nanti.

Program ini akan diadakan sebanyak 2 kali dalam seminggu iaitu pada hari Selasa dan hari Rabu jam 5.00 hingga 5.30 petang.

Majlis Perpisahan dan Doa Selamat

Pada 21hb Febuari 2014 , pihak sekolah S.U.A.P telah mengadakan Majlis perpisahan dan Doa Selamat bagi guru yang telah pindah ke sekolah Ugama P.A.P Hafizah iaitu Cikgu Hjh Masniah bte Hj Mohd. Tahir  yang mana telah diadakan di Restaurant Season, Centrepoint Gadong.

Didoakan semoga Cikgu akan terus maju jaya dalam suasana tempat pengajaran yang baru dan mudahan segala jasa guru mengajar disekolah ini akan mendapat keberkatan dari Allah Subhanahu Wataala, Amin..Amin.. Ya Rabbal Alamin.

Program Keugamaan Senegara

Alhamdulillah Program Keugamaan senegara pertama pada tahun 2014H/1435H telah diadakan pada 25hb Febuari 2014 iaitu bacaan Surah Yassin bagi dua sesi iaitu sesi awal bagi darjah Pra ,1 ,4 dan 6 manakala sesi akhir bagi darjah 2,3 dan 5.


SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-30


Pada 27hb Febuari 2014, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 30 tahun. Acara diadakan didewan Sekolah Rendah Amar Pahlawan jam 2.00 hingga 4.30 petang.

Acara dimulai dengan bacaan Surah AL-Fatihah yang dipimpin oleh Cikgu Hj Hirwandy Sukardy bin Hj Bugar dan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, Cikgu Rozimin bin Hj Abd Rahim.
Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dinyanyikan oleh semua guru-guru dan murid-murid S.U.A.P.

Acara diteruskan lagi dengan persembahan Lagu Patriotik " Negaraku Bumi Bertuah" yang dipersembahkan oleh murid-murid darjah 1 dan 2. Peraduan juga diadakan bagi murid-murid darjah Pra hingga 6 antaranya ialah:
Darjah Pra- Mewarna gambar Masjid Omar Ali Saifuddin
Darjah 1- Mewarna gambar Kampong Air
Darjah 2- Mewarna gambar Muzium Negara
Darjah 3- Mewarna gambar Alat-Alat Kebesaran Diraja
Darjah 4- Mencari Perkataan Tersembunyi
Darjah 5 dan 6- Peraduan teka silang kata



SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W

اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulilah, Sekolah Ugama Amar Pahlawan telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W  yang mana diadakan pada 18hb Januari 2014 di dewan Sekolah Rendah Amar Pahlawan jam 2.00 petang.

Surah Al-Fatihah pembuka acara yang mana dibacakan oleh murid-murid darjah pra dan satu.


Sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W  pada tahun ini, sekolah mengadakan beberapa peraduan bagi darjah pra hingga darjah 4 antara peraduannya ialah:
Darjah Pra (Lelaki / perempuan) :Membaca niat wudhu
Darjah 1( Lelaki)  :Lafaz Azan    (Perempuan)  :Niat Sembahyang Fardhu
Darjah 2    ( Lelaki /Perempuan) :Menghafal bulan-bulan Islam
Darjah 3    (Lelaki/Perempuan)   :Menghafal Sifat-sifat Wajib Allah
Darjah 4    (Lelaki/Perempuan)   :Mari bercerita ( kisah-kisah nabi)
Darjah 5 dan 6                          :Persembahan Dikir  




 

Sabtu, 5 Julai 2014

Majlis Penyampaian Hadiah Murid Terbaik Tahun 2013





Majlis Penyampaian Hadiah murid-murid terbaik , Kedatangan terbaik dan murid-murid cemerlang telah diadakan pada 11hb Januari 2014 di dewan Sekolah Rendah Amar Pahlawan jam 2.00 petang.
Acara dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Cikgu Hj Hirwandy Sukardy kemudian acara pentas di persembahkan oleh murid-murid darjah pra tahun 2014.

Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah murid terbaik, cemerlang , kedatangan terbaik dan hadiah galakkan bagi murid-murid pendidikan khas.

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah lulus dan mendapat keputusan yang cemerlang diharap akan terus maju jaya.

TAKLIMAT KEMASUKKAN MURID PRA TAHUN 2014




Selamat datang ke Sekolah Ugama Amar Pahlawan kepada murid-murid darjah pra tahun 2014.
Taklimat kemasukkan murid-murid baru darjah Pra telah diadakan pada 08.01.2014 di dewan Sekolah Rendah Amar Pahlawan jam 2.00 petang yang mana dihadiri oleh Ibu Bapa serta penjaga murid-murid pra. Taklimat didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Cikgu Rozimin bin Hj Abd Rahim kemudian taklimat diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar kemudian Guru Kanan Akademik,Guru Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Al-Quran dan Guru-guru darjah Pra . Perisian mengenai buku-buku teks yang akan diberikan, mengenai Peperiksaan Pra, Disiplin dan kehadiran murid-murid kesekolah.

Selasa, 20 Mei 2014

AKTIVITI GURU-GURU HUJUNG TAHUN 2013

 Alhamdulilah, doa kesyukuran telah diadakan bagi tamat nya sesi pembelajaran tahun 2013M bertempat di Hotpot Restaurant , Kiulap yang mana di hadiri oleh guru besar dan guru-guru S.U.AP.
Pengisian ialah acara "tukar-tukar hadiah" sesama guru-guru :)




MEMBACA YASSIN , DOA KESYUKURAN DAN SEMBAHYANG HAJAT


Bersempena dengan sambutan Hari Guru dan Hari Keluarga bagi tahun 2013M, pihak sekolah telah mengadakan majlis membaca yassin dan seterusnya doa kesyukuran dan sembahyang hajat pada hari Rabu, 26hb September 2013 jam 2.30ptg.

Yang mana dipimpin oleh Cikgu Hj Hirwandy Sukardy bin Awg. Hj. Bugar bersama-sama guru-guru dan murid-murid dari darjah pra hingga darjah 6.

Diantara aktiviti dibuat adalah seluruh murid-murid Sekolah Ugama Amar Pahlawan dikehendaki membuat kad ucapan sempena hari keluarga yang kemudian digantung sepanjang laluan murid-murid dihadapan pagar dikawasan sekolah, ini bertujuan supaya Ibubapa murid dapat mengambil kad hasil "handmade" anak mereka sendiri.


 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN


Sekolah Ugama Amar Pahlawan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan membaca tahlil dan doa arwah sempena bulan Ramadhan iaitu pada 02hb Ogos 2013 bertempat dibilik ibadat S.U.A.P . Dalam majlisn ini juga, diselajurkan penyampaian derma bagi anak-anak yatim serta murid yang kurang berkemampuan yang mana telah disampaikan oleh Guru Besar S.U.A.P.

PESTA BUKU 2013


Alhamdulilah, lawatan pesta buku yang mana diadakan pada bulan Mac 2014 yang lalu. Rombongan sekolah S.U.A.P juga tidak ketinggalan untuk mengunjungi pesta buku tersebut pada hari Isnin, 2 & 4 Mac 2013M / 9 & 11 Rabiulakhir 1434H. Semoga dengan lawatan ini murid-murid akan dapat manfaat yang banyak bagi kepentingan pembelajaran masing-masing.

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-29


Acara Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-29 tahun diadakan pada hari Sabtu, 25 Febuari2013M bersamaan dengan 3 Rabiulakhir 1434H. Majlis yang diadakan didewan sekolah Rendah Amar Pahlawan bermula jam 2.30 hingga 4.30 petang itu dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah yang diketuai oleh Cg.Hirwandy Sukardy bin Awg. Hj Bugar.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari Guru Besar, Cikgu Rozimin bin Hj Abd Rahim. Diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan beramai-ramai dan persembahan gabungan murid-muirid darjah Pra hingga darjah 6 iaitu lagu " TEKAD KEMERDEKAAN" dan "BRUNEI BUMI BERTUAH".



Diantara pengisian majlis sambutan itu juga adalah acara pertandingan peraduan yang melibatkan semua murid terdiri dari darjah Pra hingga 6 iaitu kuiz berkumpulan gabungan guru-guru dan murid-murid, menulis khat jawi bagi guru-guru, menjawab teka silangkata bagi guru-guru dan murid-murid dan banyak lagi.


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H / 2013M



Majlis sambutan menyambut Maulidur Rasul S.A.W telah diadakan pada 9 Febuari 2013M bersamaan 16 Rabiulawal 1433H, hari Khamis, jam 2.30 petang. Sekolah S.U.A.P telah mengadakan majlis Maulud Nabi Muhammad S.A.W yang bertempat di dewan sekolah.

Majlis yang dihadiri oleh Guru Besar dan guru-guru serta murid-murid S.U.A.P. Majlis dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Cikgu Hj Hirwandy Sukardy bin Hj Bugar. Acara diteruskan dengan berselawat beramai-ramai diikuti dengan perarakan berjalan kaki mengelilingi padang yang berdekatan deangan kawasan Sekolag Ugama Amar Pahlawan.

Khamis, 15 Mei 2014

GURU - GURU S.U.A.P TAHUN 2013

Kenangan bersama guru-guru yang telah berpindah sekolah iaitu Cikgu Sarip Hidayatullah bin Iskandar dan Cikgu Hjh Masniah bte Hj Mohd.Tahir.

Selamat maju jaya dalam mencurahkan ilmu dan didoakan semoga dirahmati Allah S.W.T