HALAMAN

Khamis, 18 November 2010

Majlis 2 dalam 1

      Sabtu,13hb November 2010M, Alhamdulillah warga SUAP telah mengadakan majlis berdikir murid-murid yang telah memeluk agama Islam, yang mana nama Islam mereka ialah Nur Syanirah bte Abd Rahman dan Nur Syafirah bte Abd Rahman dan murid-murid yang telah lulus dalam Peperiksaan Percalonan Sekolah Arab, yang telah diketuai oleh Ustaz Azriman.

     Kemudian, diteruskan lagi dengan majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang,Kedatanganan Terbaik dan Sijil2 bagi murid yang mengikuti aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2010M. Majlis ini diadakan didalam bilik Ibadat SUAPdan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Penolong Guru Besar, Ustazah Hjh Noralam bte Awg Hj Ahmad, Guru Kanan Pentadbiran11, Ustazah Sarah Safiah bte Hj Abd Majid,Guru Kanan Akademik ,Ustazah Noorhamdillah bte Hj Ahmad dan Guru Kanan Disiplin Ustazah Hjh Norzamala bte Mohiddin. Akhir sekali bacaan doa selamat dibacakan oleh Ustaz Azriman.

Majlis Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Penandatanganan Rekod Kemajuan

Khamis, 11hb November 2010M, pihak sekolah SUAP telah mengadakan Majlis Perjumpaan Bersama Ibu Bapa dan Penandatanganan Rekod Kemajuan murid-murid Ujian Bulanan Kali Ke-2 dan Peperiksaan Akhir Tahun. Majlis telah diadakan di dalam bilik darjah masing-masing diantara jam 2 hingga 5 petang dan Alhamdulilah guru-guru dan Ibubapa murid-murid mengenai disiplin dan sesi akademik bagi sesi tahun hadapan.

Khamis, 28 Oktober 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010

Peperiksaan Akhir Tahun telah pun bermula bagi seluruh sekolah-sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam, yang mana peperiksaan lisan telahpun diadakan selama dua minggu kemudian diteruskan dengan peperiksaan bertulis bagi murid-murid Darjah Pra hingga Darjah Empat.Insyallah peperiksaan bertulis bermula dari 19hb Oktober hingga 1hb November ini nanti. 
Diharap murid-murid akan bersedia untuk mengulangkaji pelajaran dirumah dan akan mendapat keputusan peperiksaan yang lebih baik lagi,Insyallah..Amin Ya Rabbal Alamin.

Isnin, 25 Oktober 2010

Tahniah..!!

Alhamdulilah, keputusan memasuki calon persekolahan Arab telah pun dikeluarkan baru-baru ini dan seramai enam orang murid bagi mewakili sekolah ini telah berjaya memasuki Sekolah Persediaan Arab bagi penuntut perempuan dan Sekolah Arab Jerudong bagi penuntut lelaki.

p/s: Tahniah diucapkan dari warga sekolah SUAP dan mudahan murid-murid akan lebih berjaya di persekolahan Arab nanti,Amin Ya Rabbal Alamin..


Khamis, 7 Oktober 2010

Majlis Perpisahan



Ahad,03hb Oktober 2010. Pihak sekolah SUAP telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi bekas guru-guru SUAP iaitu seramai enam orang, bertempat di Hotel Rizqun, Gadong. Majlis ini di mulakan dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ustaz Azriman. Kemudian disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SUAP dan mempersilakan wakil salah seorang bekas guru-guru yang diraikan untuk memberikan ucapan. Akhir sekali adalah penyampaian hadiah bagi bekas guru-guru yang disampaikan oleh Guru Besar kemudian guru-guru dijemput untuk menjamu juadah yang telah disediakan.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Perbarisan Murid & Pemeriksaan Murid (Spotcek) Part 111




Khamis, 30hb September 2010. Pihak sekolah telah mengadakan perbarisan murid bagi bulan September iaitu bertempat di kawasan lapang perbarisan. Diantara agenda yang disampaikan oleh Penolong Guru Besar iaitu Ustazah Hjh Noralam ialah pemberitahuan mengenai persiapan peperiksaan akhir tahun yang akan dijalankan bermula pada minggu hadapan dan akhir sekali nasihat dan teguran mengenai disiplin dan guru - guru memeriksa murid dari segi pakaian.


Jumaat, 24 September 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI


Rabu, 22hb September 2010M, sekolah ini telah pun mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya dengan penuh warna - warni dan meriah.Majlis ini di mulakan dengan bacaan Doa Selamat yang mana telah dibacakan oleh Cikgu Azriman kemudian majlis diteruskan dengan cabutan nombor bertuah dan hadiah nya telah disampaikan oleh Guru Besar SUAP, Cikgu Mohd. Yassin, untuk memeriahkan lagi majlis, pihak sekolah juga telah mengadakan "Pertandingan Pakaian Tercantik" yang mana pemenang bagi murid lelaki ialah Mohd. Riduan dan pemenang bagi murid perempuan ialah D.k Ummi Qistina.
Setelah selesai majlis, guru-guru dan murid-murid menikmati jamuan mengikut kelas masing-masing.

Rabu, 22 September 2010

Selamat Hari Guru


Tarikh 23hb September 2010, adalah tarikh yang istimewa bagi semua insan-insan yang bergelar "GURU", mudah-mudahan sepanjang yang kita telah ajarkan kepada anak didik kita semua akan dapat diterima oleh mereka dengan baik dan mendapat keredhaan daripada Allah Subhanahu Wataala..Amin.
Dan tidak lupa kepada guru-guru yang telah kembali kerahmatullah, jasa-jasa mereka akan sentiasa dikenang, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah & mudah-mudahan mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman Amin.. 
Akhir sekali kami warga SUAP ingin mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua guru-guru dimana saja berada.. ;)
p/s: Berusaha kita untuk meningkatkan prestasi pengajaran yang lebih baik lagi!

Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA


Sebulan sudah kita berpuasa,
Ramadhan mula meninggalkan kita,
kini tibanya Hari Raya,
bulan kemenangan buat umat Islam semua.

Warga Sekolah Ugama Amar Pahlawan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada murid-murid dan seluruh umat Islam dimana juga berada.


CUTI SEKOLAH PENGGAL KE 3


Cuti sekolah penggal ke 3 telah bermula pada 4hb September 2010M bersamaan dengan 25 Ramadhan 1413H dan sekolah akan dibuka semula pada 20hb September 2010M bersamaan dengan 11 Syawal 1413H.

P/S: Selamat bercuti diucapkan kepada guru-guru dan sekalian murid-murid Sekolah Ugama Amar Pahlawan, Jaga diri ok! ;)

MAJLIS 3 DALAM 1

Rabu, 1hb September 2010M bersamaan dengan 22 Ramadhan 1431H, bertempat di bilik ibadat Sekolah Ugama Amar Pahlawan telah diadakan Majlis 3 dalam 1 iaitu Majlis Khatam Al-Quran bagi guru-guru dan murid-murid darjah 4 kemudian disusuli dengan Majlis Tahlil dan Doa Arwah bagi keluarga guru-guru dan seluruh umat islam yang telah kembali kerahmatullah.
Terakhir sekali Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi murid - murid Sekolah Ugama Amar Pahlawan yang mana telah disampaikan oleh Penolong Guru Besar iaitu Ustazah Hjh Noralam bte Awg hj Ahmad.

AKTIVITI TEDARUS DI BULAN RAMADHAN

Sabtu,14hb Ogos 2010M bersamaan dengan 4 Ramadhan 1413H, bermulalah aktiviti Tedarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan.Yang mana aktiviti ini bagi mrid-murid darjah 4 sahaja manakala murid-murid darjah Pra hingga darjah 3 telah dicutikan sehingga persekolahan penggal ke 4 bermula pada 20hb September 2010M ini nanti. Aktiviti Tedarus Al-Quran ini diadakan di bilik ibadat Sekolah Ugama amar Pahlawan.

Isnin, 9 Ogos 2010

TAHNIAH...

Tahniah buat Cikgu Masratna Seridewi @ Azra Zahra bte Hj Ariffin yang telah terpilih mengikuti kursus Diploma Lepasan Ijazah ( Pendidikan ) bertempat KUPU SB Bandar Seri Begawan, sesi 2010 -2011. Pihak warga S.U.A.P mengucapkan selamat maju jaya dalam kursus yang diikuti agar menjadi seorang pendidik yang berwibawa, amin...

Sabtu, 7 Ogos 2010

Majlis Sambutan Isra' Mikraj & Majlis Perpisahan


Rabu, 14 Julai 2010, Majlis Sambutan Isra' Mikraj telah diadakan bagi warga sekolah S.U.A.P. Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh cikgu Sarip Hidayatullah kemudian acara di teruskan dengan tayangan video bertajuk " Riwayat Hidup Nabi Muhammmad S.A.W". Sejurus selesai tayangan video, di adakan peraduan kuiz terbuka kepada murid - murid dari darjah Pra hingga IV. Kemudian diteruskan dengan acara penyampaian hadiah cenderahati kepada Cikgu Anuar bin Hj Salim iaitu mahasiswa KUPUSB yang disampaikan oleh Guru Besar S.U.A.P.

Selasa, 13 Julai 2010

Peraduan Tulisan Jawi


Sabtu, 26hb Jun 2010M bersamaan dengan 13 Rejab 1431H, Sekolah ini telah mengadakan Peraduan Tulisan Jawi senegara seperti sekolah-sekolah ugama yang lain.

Sesi peraduan ini diadakan untuk murid-murid Darjah Pra hingga Darjah IV. Dengan adanya peraduan sebegini akan dapat mencungkil bakat dan kebolehan murid-murid dengan menulis Jawi dengan betul dan cantik.

Majlis Perpisahan


Khamis, 24hb Jun 2010, pihak sekolah telah mengadakan majlis perpisahan bagi Cikgu Azamany bin Hj Jumat. Majlis di mulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang di bacakan oleh Cikgu Anuar bin Hj Salim.

Seterusnya ucapan penghargaan Guru Besar SUAP, Cikgu Yassin bin Hj Yussof, ucapan Cikgu Azamany bin Hj Jumat. Majlis di akhiri dengan bacaan doa selamat oleh Cikgu Anuar bin Hj Salim seterusnya jamuan perpisahan.

Warga sekolah mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Azamany bin Hj Jumat dengan iringan doa semoga segala jasa Cikgu selama lima tahun berkhidmat di sekolah ini akan mendapat balasan Allah SWT dan di kayakan dengan ilmu, kesihatan, keimanan, panjang umur, rezki, kebahagiaan di dunia dan akhirat, Amin....

Khamis, 24 Jun 2010

Perjumpaan Ibubapa / Penjaga Bersama Guru - guru & Menandatangani Rekod Ujian & Peperiksaan Setengah Tahun 1431H/2010M

 Perjumpaan diadakan di dewan sekolah

Rabu, 23 Jun 2010. Pihak Sekolah telah pun mengungkayahkan perjumpaan Ibu bapa dan penjaga bersama dengan guru - guru sekolah ini bagi berbincang mengenai pembelajaran anak - anak mereka seterusnya menandatangani rekod kemajuan bagi ujian bulanan pertama dan peperiksaan setengah tahun bagi tahun ini. Secara puratanya keputusan peratus bagi murid di dalam peperiksaan setengah tahun Alhamdulillah meningkat daripada ujian sebelumnya. Bagi murid yang lulus diucapkan tahniah dan teruskan usaha, manakala yang kurang berjaya diharap akan lebih berusaha dengan lebih gigih lagi pada peperiksaan seterusnya.

Selasa, 22 Jun 2010

Musim Penggal Ke-3 Persekolahan Bermula

Isnin, 22 Jun 2010. Setelah lebih 2 minggu cuti persekolahan penggal kedua dijalankan, kemarin bermulanya musim persekolahan bagi penggal ketiga. Alhamdulillah sebilangan jumlah besar murid dapat mengigati kembali pelajaran mereka walaupun cuti yang begitu lama. Pihak sekolah berharap dengan bermulanya musim ini murid - murid akan sentiasa berusaha lebih awal dan sentiasa membuat ulangkaji.

Khamis, 3 Jun 2010

Majlis Bertahlil


Rabu, 2 Jun 2010. Setelah berakhirnya peperiksaan bertulis setengah tahun dijalankan, pihak sekolah telah pun mengadakan majlis bertahlil dan doa arwah yang diadakan di bilik amali sekolah. Bacaan tahlil diketuai oleh cikgu Anuar bin Hj Salim.

Rabu, 26 Mei 2010

Selamat Datang Mahasiswa KUPU SB

Warga sekolah sukacita ingin mengucapkan "Selamat Datang Ke Sekolah Ugama Amar Pahlawan Bagi Cikgu Anuar bin Hj Salim, didoakan semoga usaha dan didikan cikgu akan sentiasa dirahmati & berjaya didalam praktik mengajar nanti". Beliau merupakan salah seorang mahasiswa tahun 3 dalam jurusan ijazah sarjana muda syariah dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan yang  mana akan memulakan latihan pengajaran selama sebulan disekolah ini.

Rabu, 19 Mei 2010

Lawatan Nazir Kali Ke 9

Selasa, 18 Mei 2010. Kemarin Pihak Sekolah telah pun menerima lawatan dari Unit Kenaziran iaitu Cikgu Hjh Shamsiah binti Azahari bagi mencerap beberapa orang guru sekolah ini kemudian memberi maklum balas pengajaran pada jam 5 petang.

Isnin, 17 Mei 2010

Selamat Datang Bertugas

Hari ini pihak sekolah menerima seorang guru lepasan kursus dalam perkhidmatan dari UBD iaitu cikgu Md Azriman bin Sarbini. Warga sekolah sukacita ingin mengucapkan "Selamat Datang Ke Sekolah Ugama Amar Pahlawan & Kembali Bertugas Sebagai Seorang Guru, Semoga Cikgu Akan Dapat Memberikan Pelbagai Tenaga Berupa Ilmu Yang Berguna Kepada Sekolah ini"

Rabu, 5 Mei 2010

Lawatan Dari Unit Kenaziran Al Qur`an

Selasa, 4 Mei 2010. Petang kemarin sekolah ini telah pun dikunjungi oleh salah seorang dari Unit Kenaziran Bahagian Al Qur`an iaitu Ustaz Hj Matussin. Beliau membuat lawatan bagi memantau perlaksanaan peperiksaan lisan al Qur`an bagi peperiksaan pertengahan tahun 2010 ini.

Khamis, 29 April 2010

Perbarisan Murid bagi bulan April 2010

Khamis, 29 April 2010. Pihak sekolah hari ini telah mengadakan perbarisan murid bagi penghujung bulan April ini di tempat kawasan lapang tempat perbarisan. Antara agenda yang disampaikan oleh cikgu Hjh Noralam selaku guru kanan pentadbiran tadi memberitahu mengenai dengan persiapan bagi peperiksaan setengah tahun murid yang akan dijalakan pada minggu hadapan. Selain itu beliau juga menegur dan juga menekankan mengenai mengucap dan memberi ucapan salam dengan betul. Di akhiri perbarisan hari ini ialah nasihat mengenai disiplin dan guru - guru memeriksa murid dari segi pakaian. 

Pesanan sekali lagi kepada murid - murid akan sentiasa mengulangkaji pelajaran dan bersedia sebelum peperiksaan nanti.

Pemeriksaan Murid ( Spotcek ) Part II

Rabu, 29 April 2010. Pemeriksaan bagi murid ( Spotcek) diteruskan lagi bagi darjah 2 dan 3 pada petang kemarin. Sejumlah kecil sahaja yang membawa barang tegahan dan beberapa orang murid melanggar peraturan dari segi pakaian. Pihak sekolah berharap sekali lagi kepada murid - murid agar ingat - mengingati akan peraturan sekolah sepertimana yang telah ditetapkan di dalam buku disiplin sekolah ini.

Selasa, 27 April 2010

Pemeriksaan Murid ( Spotcek )

 gambar dibawah adalah barang - brang yang telah pun dirampas

Isnin 26 April 2010. Guru kanan bahagian disiplin bersama beberapa orang guru telah pun membuat pemeriksaan ( Spotcek ) kepada murid - murid darjah 4, Pra dan Satu pada petang kemarin. Sebilangan murid telah pun di dapati membawa barang - barang tegahan kesekolah ini  dan kebanyakannya barang berupa permainan. Pihak Sekolah  berharap dengan adanya spotcek ini murid - murid akan sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan belajar lebih tekun memandangkan peperiksaan setengah tahun akan dijalankan tidak lama lagi.

Khamis, 22 April 2010

Taklimat Prefek Kali Ke 2

Rabu,21 April 2010. Guru Kanan bahagian disiplin iaitu cikgu Hjh Norzamala memberikan sedikit taklimat bagi ketua - ketua pengawas ( prefek ) di bilik Amali Sekolah. Taklimat kali ini merupakan teguran dan nasihat kepada prefek - prefek  mengenai displin dan tanggungjawab mereka memandangkan sejak kebelakangan ini mereka lalai di dalam menjalankan tugas mereka sepertimana yang diarahkan. Pihak sekolah berharap dengan adanya taklimat ini prefek - prefek akan sentiasa ingat di dalam melaksanakan tugas dan tidak lupa juga kepada murid sekolah agar dapat memberikan kerjasama dan patuh kepada arahan prefek - prefek sekolah ini.

Lawatan Nazir Kali Ke 8

Selasa, 20 April 2010. Lawatan pencerapan diteruskan lagi bagi guru - guru rendah atas iaitu darjah 4. Alhamdulillah guru - guru sekolah ini dapat menyempurnakan pengajaran mereka dengan baik. Seperti lazimnya Cikgu Hjh Shamsiah binti Hj Azahari memberikan nasihat dan kongsisama di bilik guru - guru sebelum waktu balik.

Isnin, 19 April 2010

Lawatan Nazir Kali Ke 7

Sabtu, 19 April 2010. Lawatan bagi pencerapan bagi guru - guru sekolah ini diteruskan lagi daripada cikgu Hjh Shamsiah binti Hj Azahari dan seperti biasa diberikan sedikit kongsisama kepada guru - guru sekitar jam 5 petang. Pihak sekolah berharap kepada guru - guru yang belum dicerap, supaya akan dapat bersedia dan membuat persiapan. bah kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan".

Khamis, 15 April 2010

Lawatan Nazir Kali Ke 6 & Taklimat Kriteria Kualiti Pengajaran Sangat Baik

Khamis, 15 April 2010. Pihak Sekolah hari ini telah pun menerima lawatan dari Bahagian Unit Kenaziran iaitu Cikgu Hjh Shamsiah binti Hj Azahari bagi memantau perjalanan sekolah seterusnya mencerap beberapa orang guru sekolah ini. Kira - kira pada jam 5 petang, beliau memberikan taklimat dan kongsisama mengenai ciri - ciri kriteria kualiti pengajaran sangat baikDi dalam taklimat beliau menyatakan ada 4 ciri penting yang perlu ada pada seorang guru iaitu :

1-Alat Bantu Mengajar yang berkesan.
2- Pengetahuan tambahan.
3-Pelbagai teknik penyoalan.
4-Personaliti seseorang guru yang baik.

Dengan adanya taklimat ini, dapatlah guru - guru meningkatkan lagi mutu dan kualiti di dalam pengajaran dan pembelajaran.


Selasa, 13 April 2010

Peraduan Nasyid Moden Peringkat Saringan 1431H/2010M


KLIK SINI bagi melihat suasana peraduan

Isnin. 13 April 2010. Sekolah Ugama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah selaku tuan rumah telah pun mengungkayahkan Majlis Peraduan Nasyid Moden bagi Peringkat Saringan Sekolah - sekolah Ugama Kawasan Brunei II pada petang kemarin. Sebanyak 12 buah sekolah temasuk tuan rumah telah pun mengambil bahagian didalam peraduan ini, dengan di barisi oleh murid lelaki dan perempuan didalam satu kumpulan. Sekolah ini tidak juga ketinggalan untuk menyertai peraduan tersebut. 
Turut hadir dalam majlis ini ialah tetamu kehormat  Cikgu Hj Japar bin Hj Ibrahim, Pegawai Pengajian Islam Brunei II bersama beberapa orang dari kakitangan JPI, Guru - guru Besar,  Guru - guru Pengawas dan murid  yang mengambil peraduan. Aturcara majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al Fatihah, selepas itu peraduan dijalankan, kemudian persembahan tausyeh, ulasan jemaah hakim dan pengumuman keputusan peraduan serta penyampaian hadiah sijil kepada peserta, hakim dan tetamu kehormat. Mengakhiri majlis dengan bacaan doa selamat dan menikmati jamuan.
Dengan keputusan hakim pihak sekolah tidak berjaya untuk mara keperingkat seterusnya, akan tetapi  pihak sekolah berbangga dengan adanya peraduan ini dapat lah menyungkit bakat murid dan juga guru - guru didalam segi perciptaan lagu dan lirik nasyid. Tahniah kepada sekolah - sekolah yang telah pun berjaya. dan yang tidak berjaya diharap mencuba lagi di tahun hadapan.
Keputusan Peraduan :
1-SEKOLAH UGAMA PAP ANB MENTIRI - 85%
2-SEKOLAH UGAMA ANGGEREK DESA - 83.5%
3-SEKOLAH UGAMA PULAIE - 82%

Jumaat, 9 April 2010

Peraduan Membaca Rawi Peringkat Pemilihan 1431H/2010M

 KLIK SINI bagi melihat suasana peraduan.

Khamis, 8 April 2010. Sekolah ini telah menghantar seramai 5 orang murid perempuan dari darjah 4 bagi mewakili peraduan membaca rawi peringkat pemilihan yang bertempat di Sekolah Ugama Tentera Laut Muara. Sebanyak 24 buah sekolah telah pun ikut serta bagi peraduan ini yang mana dipertandingkan selama dua hari. Peraduan akan disambung pada hari sabtu ini dan seterusnya pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah.

KLIK SINI bagi melihat suasana peraduan.

Isnin, 5 April 2010. Peraduan membaca rawi lelaki peringkat pemilihan telah pun diadakan selama dua hari yang bertempat di Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Azim Serasa. Pihak sekolah telah pun menghantar peserta lelaki bagi mempertandingi diantara 22 buah sekolah bagi kawasan Brunei II. Namun Sekolah tidak berjaya bagi memperolehi kejayaan. Teruskan mencuba dimasa akan datang....

Selasa, 6 April 2010

Peraduan Syarahan Peringkat Pemilihan (Lelaki) Kali Ke 47 Tahun 1431H/2010M

 Awg Adi Sufian Mewakili Peraduan Syarahan Lelaki

Sabtu. 3 April 2010. Pihak Sekolah telah pun menghantar peserta lelaki bagi mewakili peraduan syarahan peringkat pemilihan bagi Sekolah - sekolah Ugama Kawasan Brunei II yang telah dijalankan di Sekolah Ugama Anggerek Desa. Seramai 5 peserta dipertandingkan di hari kedua peraduan ini, seterusnya diselajurkan dengan pengumuman keputusan dan juga majlis penyampaian hadiah. Dengan keputusan hakim sekolah ini tidak berjaya untuk melangkah keperingkat akhir.

Keputusan Peraduan:
1-Sekolah Ugama PAPANB Kg Mentiri. 87%.
2-Sekolah Ugama PAPHSB. 86.5%.
3-Sekolah Ugama Anggerek Desa 76%.

Tahniah kepada sekolah yang telah pun berjaya....

Rabu, 31 Mac 2010

Peraduan Syarahan Peringkat Pemilihan (Perempuan) Kali Ke 47 Tahun 1431H/2010M

Selasa, 30 Mac 2010. Peraduan Syarahan bagi peringkat pemilihan perempuan kawasan Brunei II telah pun diadakan pada petang kemarin yang bertempat di Sekolah Ugama Dato Othman Lambak Kiri. Pihak Sekolah tidak ketinggalan bagi menyertai peraduan tersebut dengan di wakili oleh Dyg Nurzakiyah binti Haji Zakaria.  Seramai 16 peserta telah dipertandingkan bagi hari pertama kemudian akan disambung pada hari ini dengan ditandingi lagi dari 8 orang peserta seterusnya pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah.

KLIK SINI bagi Melihat Suasana Peraduan

Selamat Hari Ulangtahun

 
Warga sekolah sukacita ingin mengucapkan "Selamat Hari Ulangtahun Kepada Cikgu Hjh Noralam, didoakan semoga cikgu mendapat keberkatan, sehat walafiat serta dimurahkan rezeki. Amin...

Jumaat, 19 Mac 2010

Majlis Sambutan Maulidurrasul Bagi Tahun 1431H / 2010M

Khamis,18 Mac 2010. Walaupun Rabiulawal sudah berlalu, pihak sekolah tidak lupa juga mengungkayahkan Majlis Sambutan Maulidurasul bagi tahun 1431H / 2010M yang telah diadakan pada jam 2.15 petang tadi bertempat di dewan sekolah. Majlis dimuqadimahkan dengan bacaan Ayat suci al Qur'an oleh Dyg.Nurismah binti Hj Marsal, iaitu peserta yang telah mewakili sekolah pada peraduan lalu. Seterusnya ucapan kata - kata aluan dari guru besar sekolah iaitu cikgu Mohd Yassin.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan Dzikir Bishahrin oleh murid - murid lelaki dan perempuan yang mana juga telah mewakili sekolah pada peraduan lalu. Sejurus itu, persembahan nasyid daripada beberapa orang murid perempuan dari darjah 3.

Setelah selesainya persembahan tersebut, penyampaian derma kilat dari pihak sekolah pun telah disampaikan oleh guru besar kepada salah seorang murid sekolah ini iaitu anak kepada Allahyarhamah Cikgu Hjh Saunah. Kemudian selepas itu penyampaian hadiah bagi peserta yang telah berjaya didalam peraduan sempena sambutan hari kebangsaan ke - 27 yang telah diadakan sekitar bulan februari lalu.

Acara kemuncak bagi majlis tersebut adalah dikir marhaban beramai - ramai yang telah diketuai oleh Cikgu Azamany dan  bacaan doa selamat juga telah dibacakan oleh Cikgu Sarip Hidayatullah sebagai penutup tirai majlis.

 Awg. Aminur Rafie berkata " Tolong KLIK SINI bagi melihat suasana majlis tersebut di atas"

Khamis, 18 Mac 2010

Bacaan Ratibulatas Bagi Bulan Mac

Rabu 17 Mac 2010. Pihak sekolah telah pun mengadakan bacaan ratibulatas yang telah diketuai oleh Cikgu Azamany dan bacaan doa oleh Cikgu Sarip Hidayatullah bersama dengan murid - murid darjah pra, satu dan empat bertempat di bilik amali sekolah. Dengan membaca ratibulatas ini bukan sahaja untuk memenuhi aktiviti sekolah malahan ia adalah satu amalan baik dan berguna untuk keselamatan jesteru melindungi diri dan tempat tinggal daripada bermacam - macam bencana seperti kebakaran, gangguan makhluk halus dan sebagainya.

Selasa, 16 Mac 2010

Lawatan Nazir Kali Ke 5

Selasa.16 Mac 2010. Setelah selesainya ujian bulanan kali pertama dijalankan, hari ini pihak sekolah dikunjungi oleh cikgu Hjh Shamsiah binti Hj Azahari bagi meninjau perjalanan sekolah seterusnya mencerap 2 orang guru sekolah ini. Tujuan pencerapan di buat ialah bagi menilai pengajaran guru dan memberikan teguran seterusnya berkongsi maklumat mengenai pengajaran untuk meningkatkan lagi di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Khamis, 11 Mac 2010

Majlis Bertahlil Bagi Allahyarhamah Cikgu Hjh Saunah

Khamis, 11 Mac 2010. Pada sebelah petang tadi, sekolah ini telah mengadakan majlis bertahlil dan doa arwah bagi salah seorang guru yang telah kembali keramatullah pada hari yang lalu iaitu cikgu Hjh Saunah binti Hj Mohd Yussof. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Guru besar cikgu Mohd Yassin seterusnya bacaan Tahlil diketuai oleh cikgu Azamany serta doa arwah dibacakan oleh cikgu Sarip Hidayatullah. Pihak sekolah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dengan pemergian beliau, semoga Allahyarhamah di balas dengan ganjaran pahala setimpalnya semasa mengajar di sekolah ini.Amin.....

Ujian Bulanan Kali Pertama 1431H / 2010M

Ujian bulanan bertulis kali pertama telah pun selesai dijalankan bagi murid - murid darjah pra hingga tiga, hari ini diteruskan lagi bagi darjah empat. Selama ujian dilangsungkan, murid - murid nampak kurang bersedia dan juga ada murid yang tidak dapat menjawab sepenuhnya disebabkan tidak dapat menggunakan masa dengan bijak. Pihak Sekolah berharap kepada murid - murid akan bersedia lebih awal dan bersungguh - sungguh di dalam pembelajaran sebelum musim peperiksaan setengah tahun nanti.

Selamat Hari Ulangtahun Bagi Guru Berkenaan

Warga sekolah ingin mengucapkan "Selamat hari ulangtahun kepada cikgu Noorhamdillah Yaite, Cikgu Asiah dan Cikgu Azamany" yang mana telah pun diraikan pada awal bulan mac ini. "Didoakan semoga panjang umur dan sehat walafiat serta dimurahkan rezeki..Amin......"

Selasa, 9 Mac 2010

Peraduan Al - Qur`an Kategori B Lelaki 1431H/2010M

 Awang Mohd Khairin mewakili peraduan Al Qur'an Kategori B Lelaki

Selasa. 9 Mac 2010. Kira - kira pukul 2 petang tadi, sekolah ini telah pun menghantar wakil bagi peraduan Al - Qur'an kategori B Lelaki. Peraduan yang dijalankan selama dua hari tersebut bertempat di Sekolah Ugama Dato Mohd Yassin, Kg.Perpindahan Mentiri. Seramai 8 daripada 18 orang hari ini telah mengambil bahagian didalam peraduan ini, diselajurkan juga dengan keputusan peraduan dan penyampaian hadiah bagi peserta yang berjaya serta penyampaian sijil kepada kesemua peserta. Sekolah ini tidak terpilih dan hanyalah mendapat saguhati, dan pihak sekolah tidak lupa mengucapkan tahniah kepada peserta yang telah pun berjaya.

Keputusan Peraduan :
Kategori A Lelaki - 1)S.U PAPANB Kg Mentiri.
                               2)S.U Dato Mahawangsa Lambak.
                               3)S.U Kapok Muara.

Kategori B Lelaki - 1)S.U Dato Mohd Yassin. Perpindahan Mentiri.
                              2)S.U Lambak Kanan Jalan 49.
                              3)S.U S.U.A.S Muara.

Lawatan Nazir Kali Ke 4

Selasa. 9 Mac 2010. Hari ini pihak sekolah menerima lawatan yang ke empat dari Bahagian Unit Kenaziran iaitu Cikgu Hjh Shamsiah Binti Hj Azahari bagi memantau perjalanan sekolah. InsyaAllah beliau akan membuat pencerapan mengejut kepada guru - guru sekolah ini pada minggu hadapan. Kepada guru - guru sekolah ini diucapkan semoga berjaya di dalam pengajaran nanti.

Isnin, 8 Mac 2010

Bacaan Tahlil Oleh Guru - guru

Isnin 8 mac 2010. Guru - guru sekolah ini telah mengadakan bacaan tahlil dan doa arwah bagi Allahyarhamah cikgu Hjh Saunah binti Hj Mohd Yussof yang telah diadakan di bilik guru - guru pada jam 5 petang tadi. Bacaan tahlil diketuai oleh cikgu Sarif Hidayatullah. Memandangkan murid - murid pada minggu ini menghadapi ujian bulanan pertama bertulis, InsyaAllah pihak sekolah akan mengadakan majlis bertahlil bersama dengan murid - murid pada hari sabtu ini.


Ahad, 7 Mac 2010

Al - Fatihah....

Al Fatihah ditujukan kepada Allahyarhamah Cikgu Hjh Saunah Binti Hj Mohd Yussof yang telah kembali keramatullah pada pagi Ahad 21 Rabiulawal 1431H bersamaan 7 Mac 2010. Semoga Rohnya di cucuri rahmat dan dimasukan didalam golongan orang - orang yang beriman dan solehah. Amin Ya Rabbal Alamin......

AL FATIHAH......

Sabtu, 6 Mac 2010

Selamat Datang & Menjalankan Tugas Sebagai Seorang Guru

Warga sekolah sukacita mengucapkan "selamat datang bertugas sebagai seorang guru ugama" kepada Cikgu Sarip Hidayatullah yang telah memulakan tugas pada hari Khamis, 4 mac yang lalu. Semoga dengan adanya cikgu di sekolah ini akan dapat memberikan komitmen sebagai guru yang berdedikasi dan berguna kepada masyarakat amnya dan khususnya Sekolah Ugama Amar Pahlawan.