HALAMAN

Khamis, 17 Disember 2009

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431H



Warga sekolah sukacita ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru 1431 Hijrah kepada seluruh umat islam di dunia mahu pun di tanah air", tema sambutan tahun ini ialah "ILLAHI SELAMATKAN BRUNEI DARUSSALAM"


Marilah kita sama - sama berdoa kepada ALLAH SUBAHANA WATA`ALA semoga kita akan sentiasa mendapat rahmatNya jua Amin....

Sabtu, 28 November 2009

Majlis Takbir Hari Raya Aidiladha Tahun 1430H / 2009M

Jumaat, 27 November 2009. Satu Majlis dibuat secara langsung melalui televisyen yang telah pun dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid bersama Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu Majlis Takbir Hari Raya Aidil Adha yang diadakan di Masjid Jame Asr Hassanal Bolkiah, Kiulap. Hadir Selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pangarah Dato Paduka Haji Othman. Majlis bermula pada pukul 9 malam dan berakhir kira - kira pukul 10 malam. Sekolah ini terpilih bagi mewakili majlis terebut dengan menghantar 5 orang murid yang diawasi oleh guru sekolah masing - masing. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah belia - belia masjid, beberapa orang murid - murid dari sekolah arab dan ugama, kakitangan KHEU dan RTB serta beberapa orang jemaah kampung bagi sama- sama menjayakan majlis tersebut.



Pihak sekolah sukacita merakamkan penghargaan terima kasih kepada Abd Muin, Mohd Nabil Waiz dan Mohd Hafizuddin Iqbal yang mana telah mewakili dari sekolah ini bagi menghadiri majlis tersebut.

Jumaat, 27 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha Dan Selamat Menunaikan Ibadah Qurban Serta Selamat Bercuti

Warga sekolah ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha dan juga Selamat Menjalankan Ibadah Qurban kepada seluruh umat Islam di negara Brunei Darussalam".





Dikesempatan ini juga warga sekolah tidak lupa juga ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada guru - guru yang bercuti serta kepada murid - murid bagi cuti penggal ke 4 persekolahan iaitu bermula hari ini hingga 4hb Januari 2010.


kepada murid - murid jagalah kesihatan dan keselamatan ketika bercuti, jangan lupakan pelajaran ok!!!  ;)

Khamis, 26 November 2009

Muzakarah Guru Besar Bersama Guru - guru Diselajurkan Dengan Majlis Hari Guru

Khamis 26 November 2009. Jam 4.30 petang tadi, bertempat di bilik guru - guru  ugama sekolah telah pun diadakan muzakarah guru besar bersama guru - guru sekolah ini. Agenda muzakarah adalah persiapan bagi persekolahan tahun 2010 nanti dan juga pembahagian tugas dan tanggung jawab guru - guru, jadual harian dan aktiviti.


guru besar mengetuai bacaan surah al-Fatihah sebelum memulakan muzakarah



Selesai sahaja muzakarah dibuat, majlis hari guru pun dimulakan dengan acara bertukar - tukar hadiah guru - guru, selepas itu mengumumkan acara meneka gula - gula dan bacaan doa selamat sebelum menikmati jamuan.


 
bertukar - tukar hadiah
 

pemenang bagi meneka gula - gula seterusnya menyampaikan hadiah.



doa selamat oleh cikgu Azamany



di antara menu yang dihidangkan

Kempen Kebersihan Bilik Amali/bilik Sembahyang



Hari terakhir persekolahan pada hari ini diteruskan lagi dengan kempen kebersihan bagi bilik amali sekolah. Kempen ini melibatkan guru - guru bersama murid membersihkan tempat sembahyang dan juga  mengemaskinikan buku - buku teks dan kitab - kitab lama kedalam almari.





kebersihan itu sebahagian daripada iman

Majlis Penyampaian Hadiah Dan Sijil Murid Bagi Tahun 1430H - 2009M Serta Perasmian Lawan Web Sekolah




Rabu, 25 November 2009, Dua Majlis telah pun diungkayahkan oleh pihak sekolah iaitu majlis penyampaian hadiah dan sijil murid - murid sekolah ini bagi tahun 1430H bersamaan 2009M serta majlis perasmian laman web sekolah ini yang bertempat di dewan besar sekolah. Majlis dihadiri oleh guru - guru, murid - murid dan beberapa orang terdiri dari ibubapa dan penjaga murid. Aturcara Majlis bermula pada jam 2.30 petang dengan di mulakan dengan bacaan surah al -Fatihah beramai - ramai yang di ketuai oleh cikgu Azamany.  Seterusnya penyampaian hadiah bagi murid terbaik dalam akademik bagi kelas dan juga terbaik dalam keseluruhan peringkat darjah serta kedatangan terbaik murid bagi sepanjang tahun ini yang telah pun disampaikan oleh cikgu Hjh Noralam.

Kemudian selepas itu disempurnakan bagi penyampaian sijil murid aktif iaitu yang menyertai peraduan di luar sekolah, di ikuti selepas itu penyampaian sijil bagi ketua - ketua pengawas bagi tahun 2009 oleh cikgu Hjh Norzamala. Sejurus selepas itu pula, penyampaian hadiah sukan tahunan bagi kategori permainan dalam dan juga sukan ria yang diadakan minggu lalu telah pun disampaikan oleh cikgu Asiah. Sebelum majlis dihentikan seketika bagi menghormati azan asar, pengumuman keputusan,  seterusnya penyampaian hadiah keseluruhan bagi rumah - rumah sukan pun disampaikan oleh cikgu Hjh Noralam. Kemudian selepas itu menyampaikan bagi calon - calon murid yang berjaya masuk ke sekolah arab pada tahun hadapan.

 salah seorang murid menerima hadiah sukan ria.

Majlis pun diteruskan dengan perasmian laman web Sekolah Ugama Amar Pahlawan seperti yang terpapar di halaman ini yang sempurna dirasmikan oleh guru besar sekolah Cikgu Mohd Yassin. Sejurus selepas itu, seperti yang tidak di duga, guru besar telah pun membuat satu kejutan terutama kepada guru - guru iaitu pengumuman guru cemerlang di dalam akedemik. peyampaian hadiah bagi guru cemerlang pun disampaikan oleh guru besar sekolah kepada dua orang guru sekolah ini. Sebelum mengakhiri majlis tersebut, doa selamat pun telah dibacakan oleh cikgu Azamany.

Mohd Hamizul adalah salah seorang calon yang berjaya memasuki sekolah arab pada tahun hadapan


keputusan keseluruhan bagi rumah rumah sukan


 
Pemenang ketiga dari rumah Maang, kedua Taruk Ubi dan  johan dari rumah Gadong


 guru besar merasmikan laman web rasmi sekolah

 






Dua guru cemerlang dalam akedemik bagi tahun 2009M iaitu cikgu Noorhamdillah dan cikgu Norhayamimah






cikgu Azamany membaca doa selamat sebagai menutup tirai majlis tersebut.



Di kesempatan ini, warga sekolah ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kepada murid - murid yang telah pun lulus dan berjaya mendapat hadiah di dalam akedemik mahu pun aktiviti lainnya, pihak sekolah juga berharap kepada murid - murid akan terus berjaya pada masa akan datang dan juga menjadikan ilmu ugama sebagai amalan harian dan perlu dipraktikkan bukan untuk di dalam persekolahan sahaja. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada guru - guru yang selama ini bertungkus lumus bagi mencurahkan ilmu kepada murid - murid sekolah ini.

Selasa, 24 November 2009

Pengambaran Drama Tempatan


Shanaz Production hari ini telah pun berkunjung ke sekolah ini bagi membuat pengambaran drama tempatan. Pengambaran ini melibatkan salah seorang murid sekolah ini yang mana telah pun membuat pengambaran tersebut di bilik guru - guru ugama sekolah. Menurut pengarah yang mengarahkan drama bertajuk `Keluargaku dan kebahagiaanku` berkata drama ini insya ALLAH akan diterbitkan pada awal januari tahun hadapan.

suasana pengambaran


Penyerahan Mushaf Brunei Darussalam Dan Terjemaahnya





Hari ini pihak sekolah telah pun diberikan 7 naskah `Mushaf Brunei Darussalam Dan Terjemaahannya Juz 1 hingga 3`, yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan kepada wakil guru sekolah ini iaitu cikgu Azamany. Majlis telah pun diadakan di dewan Persidangan, Pusat Da`wah Islamiah pada petang tadi. Beberapa orang wakil yang telah mewakili sebanyak 154 buah sekolah yang terdiri dari Institut tinggi, Kolej, Sekolah Arab serta Sekolah Ugama di negara ini turut menerima mushaf tersebut.
     
 Mushaf Brunei Darussalam dan terjemaahannya Juz 1 - 3

Bagi orang ramai yang berkeinginan mendapatkan senaskah bolehlah membelinya di Pusat Da`wah Islamiah dengan harga BND$7 senaskah.


Ingin mengetahui berita lebih lanjut KLIK sini

Majlis Perjumpaan Ibubapa Bersama Guru Dan Menandatangani Rekod Kemajuan Murid


Pada pukul 2 petang tadi, sekolah ini telah pun mengadakan majlis perjumpaan Ibubapa/Penjaga mengenai pencapaian anak mereka di dalam akademik dan aktiviti sekolah di sepanjang tahun ini, diselajurkan juga menandatangani rekod kemajuan murid bagi peperiksaan akhir tahun dan ujian bulanan ke dua yang telah pun disempurnakan di dewan sekolah ini.

suasana di dewan sekolah