HALAMAN

Jumaat, 25 Disember 2015

Antara aktiviti - aktiviti sekolah

Peserta Syarahan Sekolah

PKS solat Hajat dan membaca Surah Yassin untuk persiapan menjelang peperiksaan Akhir Tahun

Majlis perpisahan bagi Cikgu Hjh Rohani yang telah berpindah ke sekolah Ugama Lambak Kanan

Tukar-tukar hadiah bagi sambutan Hari Guru

Pertandingan akhir membaca Al-Quran kategori Murattal

SAMBUTAN HARI GURU


Alhamdulilah , Sambutan Hari Guru bagi Sekolah Ugama Amar Pahlawan telah diadakan di dewan Sekolah Rendah Amar Pahlawan.yang mana acara ini dikelolakan oleh murid-murid darjah 5.


 




Cabutan bertuah bagi guru-guru.

Antara persembahan yang dikelolakan oleh murid-murid darjah 5.

Beberapa aktiviti bagi guru-guru sempena Sambutan Hari Guru.



MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Pada 31.08.2015, Sekolah Ugama Amar Pahlawan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid darjah 6 bagi tahun 2015M, yang mana murid-murid ini akan menduduki peperiksaan SSSRU.
 



















Gambar guru-guru Sekolah Ugama Amar Pahlawan 2015
 

Khamis, 16 Julai 2015




MAJLIS TAHLIL DAN DOA ARWAH DAN PENUTUP SEKOLAH BULAN RAMADHAN


Sekali lagi sekolah mengadakan bacaan Tahlil dan Doa Arwah pada 09.07.15 dan diselajurkan dengan acara seperti tahun-tahun lepas iaitu bertukar-tukar sedekah untuk guru disamping untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama guru-guru.

MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA DAN MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN

 
Pada 06hb Julai 2015 telah di adakan Majlis perjumpaan ibubapa dan menandatanagni rekod kemajuan murid-murid darjah pra hingga darjah 6 bermula jam 12.30 hingga 2 petang.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

 
Pada 08hb Julai 2015, Sekolah telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi guru-guru dan murid-murid darjah 4,5, dan 6. Majlis ini bertempat didewan Pahlawan.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BRUNEI 2A

 
Alhamdulillah seperti lazimnya tahun-tahun lepas , acara Majlis Khatam Al-Quran bagi kawasan Brunei 2A telah diadakan lagi pada tahun ini iaitu pada 08hb Julai 2015 bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama P.A.P.M.H.B Serusop pada jam 9 Pagi.
 
Tetamu Kehormat majlis ialah Hjh Surbiah binti Hj Awg. Tengah , Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam. Majlis ini dihadiri oleh Pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, guru-guru dari sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei 2A.
 
Acara ini juga diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah bagi guru-guru yang telah kembali kerahmatullah, didoakan mudahan roh-roh mereka ditempatkan bersama orang-orang muslim Amin..

PROGRAM KEUGAMAAN SENEGARA BAGI BULAN JUN

 
Program Keugamaan Senegara bagi bulan Jun telah di adakan pada 22.06.15 di seluruh sekolah-sekolah ugama dan sekolah-sekolah Arab di Negara Brunei Darussalam.
 
Intipati program pada kali ini ialah Bacaan Surah Yassin dan bacaan Tahlil dan Doa Arwah khusus di tujukan kepada guru-guru dan umat muslimin yang telah kembali kerahmatullah.
 
Program ini disertai oleh murid-murid darjah 4,5 dan 6 serta guru-guru S.U.A.P. 

PEMBUKAAN TEDARUS AL-QURAN

 
Pada 20.06.15 adalah Majlis Pembukaan Tedarus Al-Quran bagi Sekolah Ugama Amar Pahlawan, yang mana majlis ini di ketuai oleh Guru Besar sendiri iaitu Cikgu Rozimin bin Haji Abd. Rahim.
Acara ini di hadiri oleh guru-guru dan murid-murid darjah 4, 5,6 yang mana mereka ini bersekolah pada bulan Ramadhan bermula jam 12.30 tengahari hingga 2 petang. Manakala bagi darjah pra hingga darjah 3 dicutikan sementara sehingga 24hb Julai 2015.

PROGRAM KEUGAMAAN SENEGARA

Alhamdulilah, pada 14.05.15 telah diadakan Program Keugamaan Senegara bagi bulan Mei. Yang mana program pada kali ini ialah Sembahyang Hajat dan membaca Surah Yassin, dan program kali ini diketuai oleh Cikgu Mohd. Azli dan di hadiri oleh semua murid-murid dari darjah pra sehingga darjah 6.
 
 

Ahad, 19 April 2015

PROGRAM KEUGAMAAN SENEGARA KALI KE 4




Pada 16hb April 2015, telah diadakan Program Keugamaan Senegara bagi bulan ini seperti yang diadakan bagi setiap bulan bagi keseluruh sekolah ugama dinegara ini. Tajuk tazkirah pada kali ini mengenai hormat-menghormati dan bacaan selawat yang mana telah diketuai oleh guru besar sendiri iaitu Cikgu Rozimin bin Hj Abd Rahim.

Selepas program ini diadakan , seterusnya acara bersalaman bersama Cikgu Hjh Rohani bin Kamis yang akan berpindah kesekolah Ugama Lambak Kanan. Kami dari pihak S.U.A.P mengucapkan selamat jalan dan ribuan terima kasih kerana telah mendidik murid-murid disini dengan baik,jasamu akan selalu dikenang dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa cikgu.

PROGRAM KEUGAMAAN SENEGARA KALI KE 3

Pada 25hb Mac 2015 Sekolah Ugama Amar Pahlawan sekali lagi mengadakan Program Keugamaan Senegara seperti yang diadakan oleh kesemua sekolah-sekolah ugama dan sekolah Arab seluruh Negara. 'PKS' pada bulan ini adalah berkisar mengenai Kebersihan yang mana tazkirah ini disampaikan oleh Cikgu Hj Hirwandy Sukardy bin Hj Bugar kemudian diteruskan dengan bacaan Ayat-ayat lazim .
 
 

 
 
Acara diselajurkan dengan penyampaian hadiah bagi Peraduan sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.