HALAMAN

Jumaat, 29 Januari 2010

Membaca RatibulAtas

Khamis, 28 Januari 2010. Sekolah ini telah pun mengadakan aktiviti keagamaan iaitu membaca Ratibulatas beramai - ramai yang diketuai oleh cikgu Azamany bersama dengan guru - guru dan murid - murid dari darjah 2, 3 dan 4 sekolah ini. Aktiviti ini juga merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi sekolah ini yang mana di adakan sekali setiap penghujung bulan.

Selasa, 26 Januari 2010

Lawatan Dari PPID Brunei II



Selasa, 26 Januari 2010. Sekitar jam 2.30 petang tadi, sekolah ini telah pun dikunjungi oleh Cikgu Hj Jaafar bin Hj Ibrahim selaku Pengawai Pengajian Islam Dearah Kawasan Brunei II bersama dengan Ustazah Hjh Mastura binti Hj Jais iaitu Pembantu Pengawai Pengajian Islam Dearah Kawasan Brunei II bagi memantau  mengenai pentadbiran sekolah ini dari segi keramaian guru, murid dan lain - lain hal yang berkaitan dengan sekolah ini.

Sabtu, 23 Januari 2010

Pemberian Mushaf Brunei Darussalam Kepada murid Pra dan 1


 
Khamis 21 Januari 2010. Sepertimana pada tahun tahun yang lalu sebelum ini, pihak sekolah akan memberikan 'mushaf Brunei Darussalam' bersaiz kecil pada setiap murid - murid di sekolah ini. Pada pukul 2 petang, murid - murid pra bagi tahun 2010 dan juga beberapa orang murid darjah satu telah pun diberikan mushaf ini di bilik amali sekolah. Dengan adanya mushaf ini, dapatlah memudahkan murid membawanya kesekolah kerana kuantiti berat berpatutan dengan murid sekolah. Pihak sekolah juga berharap kepada murid sekolah ini akan sentiasa menjaga mushaf ini dengan baik, beradab dan menyimpannya di tempat yang tinggi.





gambar kanan : Dzuljalaliwalamin gembira setelah menerima mushaf ini

Selasa, 19 Januari 2010

Taklimat Pengawas Murid Bagi Tahun 2010



Isnin,18 Januari 2010. Pihak sekolah telah pun mengadakan taklimat bagi pengawas murid tahun ini yang mana telah diadakan di bilik amali sekolah. Taklimat disampaikan oleh cikgu Hjh Norzamala iaitu Guru Kanan Disiplin Sekolah ini. Tujuan taklimat ini dibuat ialah untuk memberikan penerangan mengenai tugas pengawas murid dan menerapkan beberapa kriteria yang menjadi contoh kepada murid lain. Mengakhiri taklimat ialah penyerahan kain bagi pengawas murid lelaki dan perempuan.




Md Asfa Haziq gembira ketika menerima kain pengawas murid.

Isnin, 18 Januari 2010

Lawatan Nazir Kali Kedua


Sabtu. 16 Januari 2010. Sekitar jam 3 petang, Cikgu Hjh Shamsiah binti Hj Azahari sekali lagi meninjau perjalanan persekolahan di sekolah ini untuk memastikan kepada guru - guru sekolah membuat pelbagai persiapan sebelum di cerap di dalam bilik darjah bagi penggal pertama persekolahan ini.

Rabu, 13 Januari 2010

Taklimat Disiplin Dan Perlantikkan Pengawas Murid


Selasa, 12 Januari 2010. Pihak sekolah telah pun mengadakan taklimat disiplin bagi kesemua murid sekolah ini. Taklimat ini telah pun disampaikan oleh cikgu Hjh Norzamala yang bertempat di bilik amali sekolah. Taklimat di buat dua kali memandangkan sekolah ini mempunyai dua sessi persekolahan. Taklimat tersebut menyentuh mengenai peraturan sekolah seperti kehadiran murid, pakaian, kesalahan - kesalahan yang di buat ketika berada di sekolah dan juga melarang membawa barang tegahan. Pihak sekolah berharap dengan adanya taklimat ini murid - murid agar dapat mematuhi disiplin dan peraturan sekolah dengan lebih baik berbanding tahun - tahun sebelumnya. Mengakhiri taklimat ini ialah perlantikkan pengawas murid seterusnya ikrar pengawas murid.


suasana taklimat sessi awal






sessi akhir







perlantikkan pengawas murid seterusnya berikrar.

Lawatan Nazir Kali Pertama 2010



Isnin, 11 Januari 2010, Jam 4.20 petang. Sekolah ini telah pun di kunjungi oleh Cikgu Hjh Shamsiah binti Hj Azahari iaitu salah seorang nazir bagi kawasan Brunei II. Beliau memantau buat kali pertama pada tahun ini mengenai pentabiran dan hal ehwal perjalanan sekolah ini.

Isnin, 11 Januari 2010

Orientasi Bagi Darjah Pra

Sabtu, 9 Januari 2010. Pihak Sekolah telah pun mengadakan orientasi bagi murid - murid baru bagi darjah pra yang telah pun dikendalikan oleh guru - guru darjah pra. Orientasi bermula dengan membawa murid – murid ke bilik amali sekolah.




murid - murid diberikan penerangan mengenai wudhu dan sembahyang.




praktikal sembahyang berjemaah


murid - murid di suruh membuat nama mereka dengan menulis huruf jawi, kemudian dipertandingan bagi tulisan tercantik.

pembahagian buku teks.

Mohd Aqil adalah salah seorang murid Pra yang telah menerima buku teks.




murid - murid dibawa berjalan untuk mengetahui tempat - tempat seperti bilik guru - guru, tandas dan kantin sekolah.

Rabu, 6 Januari 2010

Pendaftaran Murid Baru Darjah Pra & 1 Bagi Tahun 1431H / 2010M

 
Hari ini adalah merupakan hari ketiga persekolahan pada tahun ini dibuka sejak 4hb Januari yang lalu. Pada petang tadi juga pendaftaran murid baru bagi darjah pra dan beberapa orang murid dari darjah satu telah pun mendaftar seterusnya memasuki kelas masing - masing dengan di iringi oleh ibubapa dan penjaga mereka. Seramai 41 orang murid pra dari sekolah ini, terdiri dari 23 murid lelaki dan 18 murid perempuan dengan di bahagikan kepada dua kelas pra Alif dan Ba. Manakala,beberapa orang murid baru bagi darjah 1 juga diserapkan dengan murid tahun lalu ( pra ) dengan dibahagikan dengan tiga kelas. Sehingga kini juga beberapa orang dari Ibu bapa dan penjaga telah pun memindahkan anak mereka kesekolah ini.








suasana di bilik darjah pada hari pertama persekolahan.