HALAMAN

Sabtu, 25 Februari 2012

SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W




Pada 9 hb Febuari 2012M, bersamaan dengan 16 Rabiulawal 1433H sekolah S.U.A.P telah mengadakan majlis Maulud Nabi Muhammad S.A.W yang bertempat di masjid Sufri Bolkiah Kg. Burong Pinggai Berakas. Majlis dihadiri oleh Guru Besar dan semua guru-guru S.U.A.P. Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Cikgu Sarip Hidayatullah.
Acara seterusnya adalah peraduan-peraduan bagi darjah:
Pra- hafalan bagi nama-nama huruf hijayiah
1   - Hafalan Surah 3Qul
2   - Azan Suboh
3   - Hafalan Surah Terpilih
4   - Kuiz Berkumpulan

Kemudian acara diteruskan dengan persembahan nasyid dari murid-murid perempuan gabungan darjah 5 dan 6. Penyampaian hadiah peraduan yang disampaikan oleh Guru Besar S.U.A.P kepada kesemua murid yang mengikuti. Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Cikgu Sarip Hidayatullah.

DIKIR SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W

Seperti lazimnya setiap tahun semua sekolah-sekolah mahupun institusi tinggi, masjid-masjid dan surau-surau akan mengadakan majlis dikir sempena menyambut Maulud Nabi Muhammad S.A.W selama 12 hari berturut-turut bermula pada 1 Rabiulawal sehingga 12 Rabiulawal. Tidak terkecuali juga sekolah ini turut mengadakan dikir maulud yang mana diadakan di bilik ibadat S.U.A.P. yang mana dipimpin oleh Guru Kanan Amali iaitu Cikgu Sarip Hidayatullah yang mana melibatkan kesemua murid-murid dari darjah Pra hingga darjah 6.

Mudah-mudahan dengan bacaan dikir sempena maulud Nabi Muhammad S.A.W ini kita semua akan mendapat rahmat daripada Allah Subhanahu Wataala, Amin Ya Rabbal Alamin.