Isnin. 13 April 2010. Sekolah Ugama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah selaku tuan rumah telah pun mengungkayahkan Majlis Peraduan Nasyid Moden bagi Peringkat Saringan Sekolah - sekolah Ugama Kawasan Brunei II pada petang kemarin. Sebanyak 12 buah sekolah temasuk tuan rumah telah pun mengambil bahagian didalam peraduan ini, dengan di barisi oleh murid lelaki dan perempuan didalam satu kumpulan. Sekolah ini tidak juga ketinggalan untuk menyertai peraduan tersebut.
Turut hadir dalam majlis ini ialah tetamu kehormat Cikgu Hj Japar bin Hj Ibrahim, Pegawai Pengajian Islam Brunei II bersama beberapa orang dari kakitangan JPI, Guru - guru Besar, Guru - guru Pengawas dan murid yang mengambil peraduan. Aturcara majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al Fatihah, selepas itu peraduan dijalankan, kemudian persembahan tausyeh, ulasan jemaah hakim dan pengumuman keputusan peraduan serta penyampaian hadiah sijil kepada peserta, hakim dan tetamu kehormat. Mengakhiri majlis dengan bacaan doa selamat dan menikmati jamuan.
Dengan keputusan hakim pihak sekolah tidak berjaya untuk mara keperingkat seterusnya, akan tetapi pihak sekolah berbangga dengan adanya peraduan ini dapat lah menyungkit bakat murid dan juga guru - guru didalam segi perciptaan lagu dan lirik nasyid. Tahniah kepada sekolah - sekolah yang telah pun berjaya. dan yang tidak berjaya diharap mencuba lagi di tahun hadapan.
Keputusan Peraduan :
1-SEKOLAH UGAMA PAP ANB MENTIRI - 85%
2-SEKOLAH UGAMA ANGGEREK DESA - 83.5%
3-SEKOLAH UGAMA PULAIE - 82%