Aktiviti Program Penghayatan Solat diadakan selepas murid-murid habis menjalani Peperiksaan Setengah Tahun 2014M. Yang mana program ini bertujuan menghalusi lagi perbuatan-perbuatan Wudhu dan solat serta bacaan-bacaan niat wudhu dan solat, agar murid-murid ini mengerjakan wudhu dan solat dengan betul, yang mana melibatkan murid-murid darjah Pra - darjah 3 dan darjah 4 - darjah 6.
Terdapat tiga bahagian program ini diadakan iaitu :
Bahagian 1- Teori/ Ceramah
Bahagian 2 - Praktikal
Bahagian 3 - Aktiviti
Jika murid-murid mengikuti program ini sebanyak tiga bahagian , murid-murid akan diberikan Sijil penghargaan diatas mengikuti Program Saya Suka Solat ini.
Jika murid-murid mengikuti program ini sebanyak tiga bahagian , murid-murid akan diberikan Sijil penghargaan diatas mengikuti Program Saya Suka Solat ini.
Aktiviti murid secara berkumpulan menyusun Niat Wudhu bagi darjah Pra dan 1 |
Aktiviti menyusun cara-cara sembahyang dengan betul |
Mudah-mudahan murid-murid akan mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu dalam program ini dan akan menjadi anak yang suka solat..Amin..Amin Ya Rabbal Alamin.