HALAMAN

Jumaat, 19 Mac 2010

Majlis Sambutan Maulidurrasul Bagi Tahun 1431H / 2010M

Khamis,18 Mac 2010. Walaupun Rabiulawal sudah berlalu, pihak sekolah tidak lupa juga mengungkayahkan Majlis Sambutan Maulidurasul bagi tahun 1431H / 2010M yang telah diadakan pada jam 2.15 petang tadi bertempat di dewan sekolah. Majlis dimuqadimahkan dengan bacaan Ayat suci al Qur'an oleh Dyg.Nurismah binti Hj Marsal, iaitu peserta yang telah mewakili sekolah pada peraduan lalu. Seterusnya ucapan kata - kata aluan dari guru besar sekolah iaitu cikgu Mohd Yassin.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan Dzikir Bishahrin oleh murid - murid lelaki dan perempuan yang mana juga telah mewakili sekolah pada peraduan lalu. Sejurus itu, persembahan nasyid daripada beberapa orang murid perempuan dari darjah 3.

Setelah selesainya persembahan tersebut, penyampaian derma kilat dari pihak sekolah pun telah disampaikan oleh guru besar kepada salah seorang murid sekolah ini iaitu anak kepada Allahyarhamah Cikgu Hjh Saunah. Kemudian selepas itu penyampaian hadiah bagi peserta yang telah berjaya didalam peraduan sempena sambutan hari kebangsaan ke - 27 yang telah diadakan sekitar bulan februari lalu.

Acara kemuncak bagi majlis tersebut adalah dikir marhaban beramai - ramai yang telah diketuai oleh Cikgu Azamany dan  bacaan doa selamat juga telah dibacakan oleh Cikgu Sarip Hidayatullah sebagai penutup tirai majlis.

 Awg. Aminur Rafie berkata " Tolong KLIK SINI bagi melihat suasana majlis tersebut di atas"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan