HALAMAN

Sabtu, 27 Februari 2010

Majlis Dua Dalam Satu

Khamis 25 Februari 2010. Pihak Sekolah telah pun mengadakan 2 majlis dalam sehari iaitu majlis bertahlil dan juga majlis penutup dikir syarafil anam sempena maulidurassul yang telah dibuat di bilik amali sekolah.
 
Majlis bertahlil dijalankan pada sessi awal iaitu bagi murid darjah pra, satu dan empat yang mana diketuai oleh cikgu Hjh Masniah dan beberapa guru perempuan yang lain. Majlis bertahlil ini juga merupakan salah satu aktiviti setiap penghujung bulan bagi sekolah ini.

Kira - kira jam 4.15 petang iaitu selesai sahaja sembahyang berjemaah bagi murid sessi akhir darjah 2,3 dan 4, majlis penutup dikir syarafill anam pun dijalankan di tempat yang sama yang diketuai oleh cikgu Azamany.
Bagi memeriahkan lagi majlis petang itu ialah merenjis minyak harum kepada murid - murid sekolah ini. Majlis diakhiri dengan doa selamat dan doa peliharakan Sultan bagi memohon keamanan dan kesejahteraan negara kita dan ianya jua bagi memohon keberkatan didalam sambutan hari kebangsaan dan sambutan maulidurasul pada tahun ini.

Rabu, 24 Februari 2010

Peraduan Dikir Syarafil Anam Bagi Peringkat Pemilihan Lelaki 1431H / 2010M

Rabu. 24 Februari 2010. Kira - kira jam 3.30 petang tadi sekolah ini telah pun bertanding di dalam peraduan dikir syarafil anam peringkat pemilihan bagi sekolah - sekolah kawasan Brunei II dengan diwakili oleh lima orang murid lelaki darjah 4 sekolah ini. Peraduan yang diadakan selama 2 hari ini bertempat di Sekolah Ugama Sungai Besar. Sebanyak 20 buah sekolah hari ni telah pun bertanding dan akan disambung lagi pada esok petang bagi 9 peserta seterusnya diselajurkan dengan keputusan peraduan.

Sabtu, 20 Februari 2010

Peraduan Dikir Syarafil Anam 1431H / 2010M

Sabtu 20 Februari 2010. Seramai 5 orang murid perempuan dari darjah 4 hari ini bertandang ke Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Aziemah Nikmatul Bolkiah Kg. Mentiri bagi mewakili sekolah ini di dalam peraduan dikir syarafil anam peringkat saringan bagi sekolah - sekolah ugama kawasan Brunei II. Seramai 16 buah kumpulan telah pun dipertandingkan pada petang tadi, manakala 12 kumpulan lagi akan dipertandingkan pada hari isnin ini seterusnya pengumuman keputusan peraduan.Dengan adanya peraduan ini, bukan sahaja dapat menyungkil bakat murid - murid akan tetapi ianya juga bagi meyemarakan lagi sambutan Maulidurrasul di bulan ini.

Rabu, 17 Februari 2010

Pembukaan Dikir Sempena Maulidurrasul 1431H

Selasa. 17 Februari 2010, jam 4.30 petang. Warga sekolah ini telah pun mengadakan aktiviti keagamaan iaitu pembukaan dikir syarafil anam bagi sambutan maulidurrasul 1431 hijrah yang bertempat di bilik amali sekolah.

Khamis, 11 Februari 2010

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke -26

Seluruh rakyat Negara Brunei Darussalam akan bersama - sama menyambut hari kebangsaan setiap tahun pada tanggal 23hb Februari dengan mengibarkan bendera masing - masing. Warga Sekolah Ugama Amar Pahlawan ingin mengucapkan "Selamat Hari Ulangtahun Hari Kebangsaaan yang ke-26 " yang akan diadakan pada hari selasa nanti, bertempat di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Negaraku Brunei Darussalam".