HALAMAN

Sabtu, 25 Februari 2012

DIKIR SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W

Seperti lazimnya setiap tahun semua sekolah-sekolah mahupun institusi tinggi, masjid-masjid dan surau-surau akan mengadakan majlis dikir sempena menyambut Maulud Nabi Muhammad S.A.W selama 12 hari berturut-turut bermula pada 1 Rabiulawal sehingga 12 Rabiulawal. Tidak terkecuali juga sekolah ini turut mengadakan dikir maulud yang mana diadakan di bilik ibadat S.U.A.P. yang mana dipimpin oleh Guru Kanan Amali iaitu Cikgu Sarip Hidayatullah yang mana melibatkan kesemua murid-murid dari darjah Pra hingga darjah 6.

Mudah-mudahan dengan bacaan dikir sempena maulud Nabi Muhammad S.A.W ini kita semua akan mendapat rahmat daripada Allah Subhanahu Wataala, Amin Ya Rabbal Alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan