HALAMAN

Khamis, 16 Julai 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BRUNEI 2A

 
Alhamdulillah seperti lazimnya tahun-tahun lepas , acara Majlis Khatam Al-Quran bagi kawasan Brunei 2A telah diadakan lagi pada tahun ini iaitu pada 08hb Julai 2015 bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama P.A.P.M.H.B Serusop pada jam 9 Pagi.
 
Tetamu Kehormat majlis ialah Hjh Surbiah binti Hj Awg. Tengah , Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam. Majlis ini dihadiri oleh Pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, guru-guru dari sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei 2A.
 
Acara ini juga diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah bagi guru-guru yang telah kembali kerahmatullah, didoakan mudahan roh-roh mereka ditempatkan bersama orang-orang muslim Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan