HALAMAN

Sabtu, 28 November 2009

Majlis Takbir Hari Raya Aidiladha Tahun 1430H / 2009M

Jumaat, 27 November 2009. Satu Majlis dibuat secara langsung melalui televisyen yang telah pun dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid bersama Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu Majlis Takbir Hari Raya Aidil Adha yang diadakan di Masjid Jame Asr Hassanal Bolkiah, Kiulap. Hadir Selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pangarah Dato Paduka Haji Othman. Majlis bermula pada pukul 9 malam dan berakhir kira - kira pukul 10 malam. Sekolah ini terpilih bagi mewakili majlis terebut dengan menghantar 5 orang murid yang diawasi oleh guru sekolah masing - masing. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah belia - belia masjid, beberapa orang murid - murid dari sekolah arab dan ugama, kakitangan KHEU dan RTB serta beberapa orang jemaah kampung bagi sama- sama menjayakan majlis tersebut.



Pihak sekolah sukacita merakamkan penghargaan terima kasih kepada Abd Muin, Mohd Nabil Waiz dan Mohd Hafizuddin Iqbal yang mana telah mewakili dari sekolah ini bagi menghadiri majlis tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan