HALAMAN

Selasa, 24 November 2009

Penyerahan Mushaf Brunei Darussalam Dan Terjemaahnya





Hari ini pihak sekolah telah pun diberikan 7 naskah `Mushaf Brunei Darussalam Dan Terjemaahannya Juz 1 hingga 3`, yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan kepada wakil guru sekolah ini iaitu cikgu Azamany. Majlis telah pun diadakan di dewan Persidangan, Pusat Da`wah Islamiah pada petang tadi. Beberapa orang wakil yang telah mewakili sebanyak 154 buah sekolah yang terdiri dari Institut tinggi, Kolej, Sekolah Arab serta Sekolah Ugama di negara ini turut menerima mushaf tersebut.
     
 Mushaf Brunei Darussalam dan terjemaahannya Juz 1 - 3

Bagi orang ramai yang berkeinginan mendapatkan senaskah bolehlah membelinya di Pusat Da`wah Islamiah dengan harga BND$7 senaskah.


Ingin mengetahui berita lebih lanjut KLIK sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan