HALAMAN

Khamis, 26 November 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Dan Sijil Murid Bagi Tahun 1430H - 2009M Serta Perasmian Lawan Web Sekolah




Rabu, 25 November 2009, Dua Majlis telah pun diungkayahkan oleh pihak sekolah iaitu majlis penyampaian hadiah dan sijil murid - murid sekolah ini bagi tahun 1430H bersamaan 2009M serta majlis perasmian laman web sekolah ini yang bertempat di dewan besar sekolah. Majlis dihadiri oleh guru - guru, murid - murid dan beberapa orang terdiri dari ibubapa dan penjaga murid. Aturcara Majlis bermula pada jam 2.30 petang dengan di mulakan dengan bacaan surah al -Fatihah beramai - ramai yang di ketuai oleh cikgu Azamany.  Seterusnya penyampaian hadiah bagi murid terbaik dalam akademik bagi kelas dan juga terbaik dalam keseluruhan peringkat darjah serta kedatangan terbaik murid bagi sepanjang tahun ini yang telah pun disampaikan oleh cikgu Hjh Noralam.

Kemudian selepas itu disempurnakan bagi penyampaian sijil murid aktif iaitu yang menyertai peraduan di luar sekolah, di ikuti selepas itu penyampaian sijil bagi ketua - ketua pengawas bagi tahun 2009 oleh cikgu Hjh Norzamala. Sejurus selepas itu pula, penyampaian hadiah sukan tahunan bagi kategori permainan dalam dan juga sukan ria yang diadakan minggu lalu telah pun disampaikan oleh cikgu Asiah. Sebelum majlis dihentikan seketika bagi menghormati azan asar, pengumuman keputusan,  seterusnya penyampaian hadiah keseluruhan bagi rumah - rumah sukan pun disampaikan oleh cikgu Hjh Noralam. Kemudian selepas itu menyampaikan bagi calon - calon murid yang berjaya masuk ke sekolah arab pada tahun hadapan.

 salah seorang murid menerima hadiah sukan ria.

Majlis pun diteruskan dengan perasmian laman web Sekolah Ugama Amar Pahlawan seperti yang terpapar di halaman ini yang sempurna dirasmikan oleh guru besar sekolah Cikgu Mohd Yassin. Sejurus selepas itu, seperti yang tidak di duga, guru besar telah pun membuat satu kejutan terutama kepada guru - guru iaitu pengumuman guru cemerlang di dalam akedemik. peyampaian hadiah bagi guru cemerlang pun disampaikan oleh guru besar sekolah kepada dua orang guru sekolah ini. Sebelum mengakhiri majlis tersebut, doa selamat pun telah dibacakan oleh cikgu Azamany.

Mohd Hamizul adalah salah seorang calon yang berjaya memasuki sekolah arab pada tahun hadapan


keputusan keseluruhan bagi rumah rumah sukan


 
Pemenang ketiga dari rumah Maang, kedua Taruk Ubi dan  johan dari rumah Gadong


 guru besar merasmikan laman web rasmi sekolah

 






Dua guru cemerlang dalam akedemik bagi tahun 2009M iaitu cikgu Noorhamdillah dan cikgu Norhayamimah






cikgu Azamany membaca doa selamat sebagai menutup tirai majlis tersebut.



Di kesempatan ini, warga sekolah ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kepada murid - murid yang telah pun lulus dan berjaya mendapat hadiah di dalam akedemik mahu pun aktiviti lainnya, pihak sekolah juga berharap kepada murid - murid akan terus berjaya pada masa akan datang dan juga menjadikan ilmu ugama sebagai amalan harian dan perlu dipraktikkan bukan untuk di dalam persekolahan sahaja. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada guru - guru yang selama ini bertungkus lumus bagi mencurahkan ilmu kepada murid - murid sekolah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan