HALAMAN

Khamis, 26 November 2009

Muzakarah Guru Besar Bersama Guru - guru Diselajurkan Dengan Majlis Hari Guru

Khamis 26 November 2009. Jam 4.30 petang tadi, bertempat di bilik guru - guru  ugama sekolah telah pun diadakan muzakarah guru besar bersama guru - guru sekolah ini. Agenda muzakarah adalah persiapan bagi persekolahan tahun 2010 nanti dan juga pembahagian tugas dan tanggung jawab guru - guru, jadual harian dan aktiviti.


guru besar mengetuai bacaan surah al-Fatihah sebelum memulakan muzakarah



Selesai sahaja muzakarah dibuat, majlis hari guru pun dimulakan dengan acara bertukar - tukar hadiah guru - guru, selepas itu mengumumkan acara meneka gula - gula dan bacaan doa selamat sebelum menikmati jamuan.


 
bertukar - tukar hadiah
 

pemenang bagi meneka gula - gula seterusnya menyampaikan hadiah.



doa selamat oleh cikgu Azamany



di antara menu yang dihidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan