HALAMAN

Khamis, 19 November 2009

Lawatan Ke Pusat Sejarah Brunei Dan Bangunan Alat - alat Kebesaran Diraja

18hb November 2009, kira - kira pukul 2 petang tadi, warga sekolah ini telah pun membuat lawatan ke Pusat Sejarah Brunei dan Bangunan Alat - alat Kebesaran Diraja yang terletak di Bandar Seri Begawan. Rombongan lawatan diketuai oleh cikgu Azamany bersama dengan 10 orang guru dan juga seramai 50 orang daripada murid darjah pra hingga darjah 4 sekolah ini. Lawatan bertujuan ialah untuk mengisi masa murid di sepanjang aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun ini dan juga sebagai salah satu hadiah kepada murid yang mendapat pertama, kedua dan ketiga didalam pencapaian pembelajaran mereka. Sebuah bas dan dua buah van adalah kenderaan yang ditumpang ke destinasi tersebut.





Tibanya di Pusat Sejarah kira-kira jam 2.20 petang dan disambut oleh beberapa orang kakitangan disana.



Setelah itu diberikan taklimat dan ceramah mengenai dengan tajuk `Kenali Sejarah Negaraku` oleh salah seorang pegawai sejarah dengan mengunakan slideshow.



 


Dayang Mardiah binti Haji Ramli
Pegawai Sejarah, Ketua Unit Lawatan dan Hal Ehwal Antarabangsa



Taklimat berkisar mengenai dengan sejarah asal usul Brunei dari segi pemerintahan, bangsa, kebudayaan dan bermacam - macam lagi.

 
Didalam penerangan bendera Brunei, beramai -ramai menyayikan lagu kebangsaan `Allah Peliharakan Sultan` menambahkan lagi semangat ketika itu.



menyanyikan lagu kebangsaan

 

semasa taklimat dibuat, cendrahati berupa buku diberikan kepada guru - guru dan murid - murid

Setelah selasainya taklimat, guru dan murid -murid pun dibawa ke mini pameran disebelah belakang iaitu pameran Makam Raja Ayang.




 guru - guru diberi penerangan mengenai Makam Raja Ayang

Satu Artikel mengenai Makam Raja Ayang :
Menurut sejarah, terdapat dua orang Keluarga Diraja Brunei yang cantik rupawan dan tampan telah melakukan perbuatan yang menyalahi dengan hukum islam, yang perempuan termasyur dengan nama `Raja Ayang`. Maka atas titah perintah Sultan Sulaiman (TM 1432-1485), Sultan Brunei yang termasyur warak, berpegang teguh kepada lunas-lunas islam, iaitu siapa sahaja yang melanggar hukum Islam akan dihukum setimpal dengan perbuatannya. Mereka pun dihukum menurut undang-undang Islam tetapi hukuman terhadap mereka itu dwalihkan daripada yang lain, iaitu diaturkan diam di satu tempat yang disifatkan sebagai rumah di dalam tanah dan dibekalkan dengan keperluan secukupnya, termasuk mengadakan serombong pernafasan. Keberangkatan mereka ke tempat dikhaskan itu diarak dengan penuh kebesaran menurut adat istiadat Diraja Brunei.


gambar lama makam Raja Ayang terletak berdekatan dengan padang Omar Ali Saifuddien Bandar Seri Begawan



Gambar sekarang
  

  
gambar gambar pembinaan makam baru Raja Ayang, Replika Batu Tersilah dan nisan - nisan lama.

Sebelum menikmati jamuan, bacaan doa selamat pun telah dibacakan oleh cikgu Azamany. Selepas itu murid dibawa ke perpustakaan sahaja, ini kerana bangunan tersebut masih didalam proses membaik pulih bangunan. Bagi mengakhiri lawatan tersebut bergambar ramai bersama beberapa orang pegawai Pusat Sejarah.


bacaan doa selamat


menikmati jamuan




Perpustakaan Pusat Sejarah


bergambar ramai di belakang bangunan Pusat Sejarah Brunei bersama Pegawai dan Kakitangan Pusat Sejarah.





Lawatan diteruskan ke Bangunan Alat Kebesaran Diraja kira - kira jam 3 petang. Memandangkan bangunan ini dekat dengan bangunan Pusat Sejarah, guru - guru dan murid -murid hanya berjalan kaki ke destinasi seterusnya. Lawatan dibuat secara ringkas kerana masa begitu singkat dengan hanya mengambil 15 minit untuk melawat pameran tersebut. Kira - kira jam 4.30, guru -guru dan murid - murid pun sampai ke sekolah semula.




berjalan menuju ke Bangunan Alat Kebesaran Diraja

barang - barang yang ditegah masuk kedalam bangunan tersebut


bergambar ramai di hadapan Bangunan Alat - alat Kebesaran Diraja


murid - murid kelihatan gembira setelah selesai lawatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan