HALAMAN

Rabu, 4 November 2009

Majlis Bertahlil Dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Guru Serta Keputusan Calon Ke Sekolah Arab 2010.

Pada Jam 4.40 petang, satu majlis bertahlil dan doa kesyukuran telah pun diadakan di bilik amali sekolah. Majlis ini di buat sempena Hari Guru kali Ke-19 dan diselajurkan juga dengan pengumuman keputusan calon - calon yang telah pun berjaya memasuki sekolah arab pada tahun 2010. Majlis bertahlil diketuai oleh cikgu Azamany bin Hj Jumat seterusnya membaca doa kesyukuran dan pengumuman.











Guru besar memberi sedikit nasihat kepada murid - murid

Seramai 2669 calon dari seluruh negara ini telah pun mengambil peperiksaan pemilihan calon ke sekolah arab, yang terpilih adalah seramai 525 calon sahaja. Alhamdulillah, seramai 7 orang murid iaitu 2 daripadanya murid lelaki dan 5 murid perempuan dari sekolah ini telah pun berjaya memasuki ke sekolah arab bagi tahun hadapan nanti. Warga sekolah ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid yang berjaya, bagi yang kurang bernasib baik diharap akan terus mencuba di tahun hadapan.

Berikut adalah nama - nama murid sekolah ini yang telah pun berjaya memasuki kesekolah arab tahun 2010 nanti:

1-Mohammad Haikal Asyra`af bin Abdullah Zulpli.

2-Muhammad Hamizul Syafwan bin Haji Muhammad Zailaney.

3-Nur Eka Maraliah binti Omar.

4-Izzati Hanani binti Khairul Shaffarani

5-Nurul Haziqah binti Jefri.

6-Ulfah Naafi`ah binti Hj Abd Hamid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan