HALAMAN

Jumaat, 20 November 2009

Majlis Perpisahan Guru





Pada pukul 3 petang tadi, satu majlis perpisahan bagi cikgu Hj Zamady bin Hj Mohammad telah pun diadakan di restoran Flavour Gadong. Majlis tersebut bermula dengan bacaan surah al-Fatihah beramai - ramai. Seterusnya majlis di teruskan dengan ucapan dari wakil guru - guru sekolah ini iaitu cikgu Azamany. Kemudian diteruskan lagi dengan ucapan dari guru yang diraikan iaitu cikgu Hj Zamady, selepas itu penyampaian hadiah dari guru - guru sekolah ini yang telah pun disampaikan oleh guru besar sekolah iaitu cikgu Mohd Yassin bin Mohd Yussof. Sebelum menikmati jamuan doa selamat pun dibacakan oleh cikgu Azamany bagi memberkati majlis tersebut.


Cikgu Hj Zamady bin Hj Mohammad yang telah berkhidmat di Sekolah Ugama Amar Pahlawan sejak tahun 2002, sekarang beliau telah pun berkhidmat di Sekolah Ugama Anggerek Desa Brunei II.

Suasana di Restoran Flavour






penyampaian hadiah kepada yang diraikan.


bacaan doa selamat.

menu - menu yang telah pun disajikan
    





JAM UNIK

nampak macam biasa sahaja, cuba perhatikan betul - betul, kedudukan angka jam bermula dari sebelah kiri.



Tuan empunya restoran ini (kanan) berkata bahawa restoran ini baru dibuka sejak 10 hari yang lalu.

Majlis pun di akhiri dengan doa selepas jamuan oleh cikgu Zamady, Seterusnya bergambar ramai kenang - kenangan.




Dikesempatan ini juga warga sekolah ingin memohon kemaafan kepada Cikgu Zamady sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan yang sengaja mahu pun sebaliknya serta mendoakan semoga beliau akan sentiasa beroleh kejayaan didalam pengajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan