HALAMAN

Isnin, 9 November 2009

Pembukaan Sukan Tahunan 1430H/2009M

Pada Hari Sabtu bertarikh 9 November 2009 yang lalu, Sekolah ini telah pun mengadakan pembukaan sukan tahunan buat julung kali nya diadakan disekolah ini, ia kerana adalah merupakan aktiviti akhir tahun setelah selesainya peperiksaan bagi murid - murid sekolah ini. Hari tersebut juga perkumpulan bagi rumah - rumah sukan yang mana guru - guru bersama murid berbincang bagi mana - mana peserta yang akan mengambil bahagian dalam acara sukan nanti. Acara sukan pada tahun ini di bahagikan kepada dua bahagian iaitu permainan dalam dan sukan ria. Permainan dalam akan di pertandingkan sepanjang minggu ini iaitu bermula dari 9 hb November sehingga 14 hb November 2009. Manakala sukan ria akan di maklumkan kemudian. InsyALLAH...

Nama bagi rumah - rumah sukan yang dibuat pada tahun ini adalah seperti :
1-Rumah Gadong.
2-Rumah Kalas.
3-Rumah Taruk Ubi.
4-Rumah Pacah Talor.
5-Rumah Ma`ang.

suasana perkumpulan














Tiada ulasan:

Catat Ulasan