HALAMAN

Isnin, 9 November 2009

Permainan Dalam Bagi Kategori Darjah Pra Dan Darjah 2

Pada jam 2 petang tadi adalah bermulanya permainan dalam dipertandingkan yang bertempat di bilik darjah. Permainan pada hari ini ialah kategori bagi darjah pra dan juga darjah dua. Kategori darjah pra ialah melukis seterusnya mewarna sebuah masjid bagi murid lelaki manakala murid perempuan melukis sebuah sekolah. Seramai 5 orang lelaki dan juga perempuan telah pun mewakili rumah masing - masing.




sedang mencari ilham


Akhirnya dicurahkan juga bakat terpendam

begitu bersemangat sampai memakai baju warna gadong


Kira - kira jam 3.45 petang, pertandingan pun diteruskan lagi bagi permainan kategori darjah 2 iaitu bermain papan ular dan tangga yang dikenali dalam bahasa orang barat `snake & ladder`. Pertandingan ini di kelompokan menjadi 2 kelompok iaitu kelompok lelaki dan juga perempuan. seperti biasa juga 5 daripada lelaki dan 5 perempuan mengambil bahagian dalam permainan tersebut.




guru - guru juga tidak ketinggalan mengisi masa mereka dengan bermain scrable, dam dan congkak

Keputusan pertandingan akan diumumkan kemudian.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan