HALAMAN

Rabu, 18 November 2009

Sukan Ria 1430H / 2009M

Selasa 17hb November 2009 kemarin, Sekolah ini telah pun berjaya mengendalikan sukan ria pada tahun ini. ini adalah julung kalinya sukan ini dikendalikan dengan melibatkan murid - murid serta guru - guru di sekolah ini dan juga salah satu aktiviti persekolahan sebelum cuti penggal ke empat persekolahan. Ianya diadakan kira - kira jam 2 petang iaitu setelah redanya hujan turun yang begitu lebat pada waktu tengahari. Setelah selesainya murid bersembahyang fardhu zuhor berjemaah, murid - murid beredar kekawasan ruang legar sekolah untuk memulakan acara. Aturcara sukan ria dimulakan dengan surah al-Fatihah oleh cikgu Azamany, kemudian perbarisan lalu terus berkumpul bagi murid bersama guru - guru dengan rumah masing - masing ke kawasan perbarisan murid, seterusnya menyanyikan lagu kebangsaan beramai - ramai. Jesteru itu perasmian sukan ria pun dirasmikan oleh guru besar sekolah ini iaitu cikgu Mohd Yassin bin Mohd Yussof. Dengan tidak berlengah lagi, acara sukan ria pun di mulakan dengan mengikut kategori pertandingan.

Suasana Sukan Ria

Acara perbarisan murid seterusnya berkumpul di kawasan perbarisan murid


Rumah Pacah Talur

Rumah Ma`ang

Rumah Taruk Ubi

Rumah Gadong

Rumah Kalas
  
menyanyikan lagu kebangsaan

    


 Guru besar merasmikan sukan ria 1430H/2009M

Gambar dibawah ialah aksi - aksi hebat didalam pertandingan tersebut


kategori pra lelaki - lari didalam guni beras


kategori pra perempuan - memakai kasut



kategori 1 lelaki - meniup belon hingga pecah


kategori 1 perempuan - memakan roti sehingga habis


 kategori 2 lelaki - memakai baju kameja

kategori 2 perempuan - membawa bola pingpong memakai sudu


kategori 3 lelaki - mencari perkataan (barang untuk dicari) disebalik tepung


kategori 3 perempuan - isi air dengan `sponge`kedalam botol


kategori 4 lelaki - bermain bowling piasau



kategori 4 perempuan - memancing tin

Di bawah adalah kategori tebuka murid dan guru guru


memasukan bola dalam gawang


mencari benda tersembunyi murid pra - 4


mengupas buah epal bagi guru - guru

 menyambut buah badminton dengan menggunakan baldi



lari berganti - ganti pra hingga 4


Alhamdulillah acara tersebut berjalan dengan lancar, tiada kecederaan berlaku dan cuaca yang mengizinkan. Sehubungan dengan itu juga ucapan terima kasih di ucapkan kepada semua yang terlibat khususnya bagi warga sekolah ini yang telah pun sama - sama menjalankan acara ini. Bagi keputusan pertandingan dan penyampaian hadiah sukan akan diumumkan kemudian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan