HALAMAN

Khamis, 12 November 2009

Permainan Dalam Bagi Kategori Darjah 1,3 dan 4


Selasa, 10 November 2009, peramainan dalam pun diteruskan lagi bagi kategori murid darjah 1 dan darjah 2. Permainan yang di pertandingkan bagi murid darjah 1 ialah meleraikan pensil warna yang mana siapa yang terbanyak memperolehi hasil meleraikan atau mengambil batang pensil warna itu,dialah bergelar juara. Jika pensil warna lain tergerak ketika mengambil pensil warna yang hendak dihajati, maka permainan itu pun ditamatkan serta - merta.
 Aksi - aksi pertandingan
 




  Diantara penyokong setia rumah gadong

Selesai sahaja permainan diatas, permainan pun disambung dengan permainan bagi kategori darjah 3 iaitu murid lelaki bermain dam dan permainan congkak bagi perempuan.

suasana pertandingan






Khamis, 12 November 2009, jam 3.00 petang tadi diteruskan lagi permainan bagi kategori murid darjah 4. Permainan bagi lelaki adalah membina bangunan dengan mengunakan sapit menjemur kain, iaitu siapa yang tertinggi binaanya, dialah yang menang. Permainan ini diberikan dalam masa dibawah 1 minit sahaja dengan berlawan secara pukul mati bagi kedua peserta.






Begitu berhati – hati murid ini membina bangunan ini seperti membina KLCC


Kemudian permainan diteruskan lagi bagi murid perempuan iaitu bermain secret code (kod rahsia). Kod tersebut terlebih dahulu di program oleh cikgu yang mengawasi permainan itu, kemudian murid akan meneka sebaris demi sebaris sehinggalah murid itu berjaya meneka apa yang telah di rahsia kan. Barisan yang paling sedikit akan dikira juara dalam pertandingan ini.




 Bagi keputusan pertandingan diatas, sila rujuk di bawah blog ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan